Monday, 30 June 2014

       

                        MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN PELAJARAN/GURU

Banyak yang telah diperkatakan dan banyak juga usaha yang telah dilakukan untuk memperkasakan perkhidmatan pelajaran/guru. Banyak juga penambah baikan yang berlaku. Saya juga ingin menyumbang pandangan:
             
MENAIKAN TARAF BAHAGIAN KEPADA JABATAN:
Bahagian-Bahagian di Jabatan Pelajaran adalah diketuai oleh Pengarah Bahagian. Bahagian-Bahagian ini beroperasi bukan sahaja menjalankan tanggungjawab pelajaran, bahkan juga mengurus/mengedalikan kewangan, pentadbiran dan sumber manusia bagi pegawai kakitangan Bahagian. Bahagian juga mempunyai Pusat Tanggongjawap {PTJ}. Pengurusan Kewangan ini termasuklah menyediakan belanjawan tahunan dan mengawal perbelanjaan yang diluluskan.
Peranan diatas adalah sama dengan peranan sebuah Jabatan. Adalah lebeh sesuai sekiranya Bahagian-Bahagian di Jabatan Pelajaran di naikkan kepada Jabatan dan diketuai oleh Ketua Pengarah.

KETUA PENGARAH KEPADA KETUA PENGARAH KANAN
Dengan kenaikkan taraf Pengarah Bahagian kepada Ketua Pengarah, Ketua Pengarah Pelajaran bolehlah dinaikkan kepada Ketua Pengarah Kanan Pelajaran.

KHIDMAT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
Adalah dipercayai guru-guru dan kakitangan sokongan kurang mendapat latihan dan kursus sepertimana penjawat awam yang lain. Kursus dalam perkhidmatan adalah penting untuk mempertingkatkan kefahaman Pegawai Pelajaran/guru dan kakitangan sokongan dalam urusan pentadbiran harian termasuk urusan kewangan dan sumber manusia.
Sebuah Institusi Latihan dinamakan "Institut Tadbiran Guru" atau seumpamanya dimana fungsinya sama dengan INTAN perlu ditubuhkan untuk melatih pegawai/kakitangan. Buat permulaan ianya perlu ditubuhkan di perngkat zone: utara, tengah, selatan dan timur semenamjung ;Sabah dan Serawak.

JAWATAN "JKR" DIPEJABAT PELAJARAN NEGERI/DAERAH
Jabatan Pelajaran banyak membina sekolah-sekolah baru dan lain-lain bangunan yang berkaitan. Dengan menempatkan pegawai "JKR" seperti Jurutera, Arkitek dan Juru Ukur Bahan akan dapat membantu menyedia pelan dan memantau perlaksanaan bangunan dalam pembinaan. Dengan ini projek lewat siap dan projek sakit akan dapat diatasi. Urusan Pembaikan Kecil juga dapat diuruskan dengan lebeh berkesan.

PEMBAIKAN KECIL DARI PERUNTUKAN PEMBANGUNAN
Kerajaan juga perlu menyedia/menambah peruntukan Pembangunan untuk kerja-kerja pembaikan kecil di rumah-rumah guru, asrama dan sekolah-sekolah supaya pembaikan kecil dapat dilaksanakan dengan berkesan untuk keselesaan penggunanya. Disampng itu peruntukan ini boleh juga digunakan untuk menggantikan peralatan sekolah seperti kerusi dan meja yang daif dan uzur.

TUGAS DAN KERJA-KERJA KO KURIKULUM
Adalah difahamkan guru-guru tidak mendapat hadiah wang tunai bagi menggantikan cuti rehat yang tidak dihabiskan. Mungkin guru tidak mempunyai cuti rehat tahunan.
Guru-guru melaksanakan tugas-tugas ko kurikulum diluar waktu mengajar. Pertimbangan yang sewajarnya dan kajian yang teliti dan mendalam patut dijalankan kemungkinan guru-guru dianugerahkan dengan "hadiah wang tunai" diatas tugas-tugas mereka di ko kurikulum sekolah. Pekeliling Perkhidmatan 1 Tahun 1974 dan pekeliling susulannya hendaklah dijadikan asas dan panduan
Guru-guru dibenarkan untuk mengumpul jumlah jam bekerja dikokurikulum sekolah. Apabila genap 8 jam bertugas, ianya boleh ditukar kepada 1 hari. Jumlah hari boleh dikumpul kepada had maxima 15 hari dalam satu tahun tertakluk kepada had maxima 120 hari dalam tempoh perkhidmatan.
Di hari persaraan, seorang bukan guru akan mendapat hadiah wang tunai diatas pengumpulan cuti rehat yang tidak dihabiskan, manakala seorang guru akan mendapat hadiah wang tunai diatas sumbangan dan khidmat mereka mengedalikan ko kurikulum sekolah

Adalah diharapkan pandangan diatas akan dapat membantu memperkasakan pelajaran dinegara ini. Guru-guru akan lebeh bersemangat dan dapat meneruskan khidmat mendidik anak bangsa dengan lebih cemerlang
Sekiranya pandangan diatas dapat memberikan munafaat, Persatuan Guru bolehlah menimbangkan untuk menyambung/meneruskan kelangsungan nya.
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT TERAWIH.


Tuesday, 17 June 2014

                                       BRIM

Pembayaran dan urusan BRIM bagi tahun ini telah berakhir. Pelaksanaan pembayaran kali ini tidak selancar pembayaran ditahun lalu. Terdapat ramai diantara mereka yang menerima ditahun lalu ditolak dan mereka yang ditolak dibenarkan merayu, Diantara sebab ketidak sempurnaan pelaksanaan BRIM kali ini ialah:

TIDAK CUKUP DANA:
Dana untuk membayar BRIM kepada semua penerima sepertimana senarai penerima ditahun lalu dan penerima baru tidak mencukupi. System elimination digunakan untuk menggugurkan sebahagian dari penerima , Rayuan dibenarkan,  Saya kira rayuan ini adalah untuk membeli masa bagi membolehkan LHDN mendapat dana melalui pembayar cukai yang membayar cukai dalam tempuh rayuan BRIM berkuatkuasa.
            Tidak semua merayu. Tidak diketahui berapa ramai yang tidak merayu.

SABOTAJ.
Berkemungkinan adanya pihak pengurusan tertinggi di Perbendaharaan dan/atau diLHDN mahukan program  BRIM ini gagal. Pihak ini mencipta kecelaruan dalam proses pembayaran BRIM supaya penerima kecewa dan marah,
              Masyarakat tahu BRIM membantu,

OPPOSITION INCLINED
Telah menjadi pengtahuan umum kehadiran rakyat yang memihak/menyokong/bekerja untuk Pakatan Rakyat berada dimana-mana. Tidak diketahui berapa ramai yang berada menguruskan pelaksanaan BRIM. Ada kemungkinan mereka ini turut terlibat dalam usaha untuk menggagalkan BRIM.

URUSETIA BRIM
Ketidaksempurnaan pelaksanaan proses bayaran BRIM adalah berpunca dari URUSETIA TIDAK CEKAP. Urusetia sepatutnya mengenalpasti penerima yang meragukan dan menghubungi mereka untuk membetulkan dan mengkemaskini maklumat. BRIM diumumkan pada pembentangan belanjawaan tahun lalu. Masa adalah mencukupi untuk Urusetia melakukan pembetulan dan mengemaskini maklumat penerima.
               Apabila pembayaran sedang diuruskan, timbul pula kenyataan bayaran boleh dilunaskan melalui bank. Kenyataan ini menggaggu kerja pelaksana dan mengelirukan. Kalaupun baik pembayaran melalui bank, sepatutnya ianya ditangguh untuk bayaran akan datang (jika ada)

i BHRIM
Bayaran BRIM bukan sahaja RM650.00. i  BRIM lebeh bermakna kepada penerima. Bayangkanlah apabila seorang yang benar-benar layak tetapi permohonan nya  ditolak mendapat kecelakaan jalanraya atau menyahut seruan ILLAHI. Beliau tidak layak mendapat kemudahan i BRIM walaupun beliau  pernah menerima BRIM pada tahun 2013.

Adalah diharapkan Urusetia BRIM akan lebeh peka. Hubungi dan kesanlah mereka yang menerima BRIM pada 2013  tetapi tidak menerimanya pada tahun ini. Dapatkan maklumat  dan bertindaklah sewajarnya, Semoga perlaksanan BRIM berikutnya (jika ada) akan lebeh tersusun