Anak Lambor
Sunday, 1 March 2015
YANG TURUN HARGA MINYAK KERETA
BUKAN HARGA MINYAK "NYIOR"
Semenjak dua bulan kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan berkaitan dengan harga barangan harian berikutan dengan turun nya harga minyak disel,Ron 95 & Ron 97.
Orang awam/rakyat melontarkan rungutan keluh kesahnya, Kesatuan Pengguna dengan tuntutan nya, Menteri dengan amaran, ingatan dan rundingan nya. Hari ini diberitakan beberapa supermarket besar telah menurunkan harga barangan jualan nya. Pasar Tani juga dikhabarkan telah pun menurunkan harga produk jualan nya.
Kerajaan hendaklah mendahului teladan. TURUNKAN HARGA BARANG KAWALAN SEPERTI GULA, SUSU, TEPUNG GANDUM dll. Bolehlah harga teh tarik, roti canai dan produk yang bersangkutan dikurangkan
Monday, 8 December 2014
MEREMAJAKAN UMNO
Didalam Perhimpunan Agong UMNO yang lalu, peremajaan UMNO menjadi perhatian umum. Apa maksud sebenar "meremajakan UMNO?"
Adalah diakui terdapat pemimpin UMNO yang terlalu lama menyandang jawatan. Bermula dari Johor, selain Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Shahrir Samad juga lama. Dato Sri Ali Rostam dari Melaka telah memegang jawatan dalam UMNO sebelum UMNO (Baru) didaftarkan. Beliau juga tidak berjaya memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya dipilihanraya yang lalu. Tan Sri Isa Samad dan Dato Hassan Malik adalah dianatara pemimpin lama di Negeri Sembilan. Perak juga terdapat ramai pemimpin lama. Dato Zahid Hamidi, Dato Tajuddin Rahman, Dato Nazri Aziz dan Dato Zihin dari Parit adalah dianatara pemimpin yang yang telah berada didalam kepimpinan UMNO melebehi 25 tahun. Kelantan telah berada dibawah pemerintahan PAS semenjak tahun 1990. Dato Mustapha Mohamad dan Tan Sri Anwar Musa telah lama berada dalam kepimpinan UMNO. Tengku Razaliegh Hamzah adalah yang paling lama, walaupun beliau terputus dengan UMNO pada satu ketika dahulu.
Di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, walaupun bukan kawasan UMNO/BN, Ketua UMNO Bahagian Kepong adalah yang paling lama
.
Melalui proses peremajaan UMNO, adakah sebahagian besar pemimpin lama ini bersedia untuk untuk memberi laluan atau adakah pemimpin bawahan yang terdiri dari Timbalan, Naib atau Ketua Pemuda akan terpaksa meredah bertanding untk merebut jawatan?
Pergerakan Wanita juga mempunyai ramai pemimpin Bahagian yang lama. Mantan kepimpinan Putri masih tercari-cari ruang untuk menyelitkan diri di barisan kepimpinan Wanita. Mungkin sudah sampai masanya Peraturan Wanita ditambah baik dengan klausa "Ketua Putri dan Naib Ketua Putri adalah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Wanita Bahagian". Ini akan memberi peluang kepada Wanita muda untuk lebeh berjaya disamping usaha wanita untuk mendidik bagi persediaan kepimpinan wanita pelapis,
Monday, 24 November 2014
BERNIKAH DISEMPADAN
Saya tertarik dengan episod "bernikah disempadan" yang diterbitkan di berita TV3 baru-baru ini dan mengambil kesempatan untuk mengemukakan pandangan.
Mengikut apa yang difahamkan, pasangan yang bernikah disempadan tetapi tidak mendaftarkan pernikahan mereka dinegara ini, pernikahan mereka tidak di iktiraf, sehinggakan sekiranya pasangan ini dikurniakan zuriat, mereka akan menghadapi massalah untuk mendaftarkan kelahiran dan anak yang tidak berdosa itu tidak boleh dibinkan dengan nama ayahnya. Pasangan ini juga akan menghadapi masaalah besar bilamana ditakdirkan perkahwinan mereka dilanda gelora. Dalam keadaan sebegini yang paling tertekan adalah kaum hawa.
Persoalan nya ialah "ADAKAH PERNIKAHAN DISEMPADAN INI SAH MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DITETAPKAN OLEH AL-QURAAN". Belum ada kedengaran mana-mana pihak yang menyatakan pernikahan seperti ini "Tidak Sah". Bilamana pernikahan sebegini adalah sah mengikut hukum syaraq, mengapa pula tidak di iktiraf
.
Amat malang apabila yang menjadi mangsa adalah anak-anak yang tidak di iktiraf dari pernikahan yang sah: Anak-anak ini akan menghadapi masaalah untuk pendaftaran kelahiran nya dan berkemungkinan akan menghadapi masaalah untuk kesekolah dan seterusnya untuk mendapat pekerjaan dimasa depan
Anak-anak ini juga akan kehilangan hak mendapat faraid keatas harta peninggalan orang tuanya, sedangkan anak-anak dari pernikahan dinegara ini mendapat hak mereka. Anak-anak ini juga akan mengahapi kesukaran-kesukaran..
Pernikahan disempadan nmungkin berlaku kerana birokrasi di Jabatan Agama Islam. Ketidak didaftarakan pernikahan sempadan di Jabatan Agama juga mungkin disebabkan birokrasi dan kurang maklumat mengenai nya. Pasangan juga bimbang bila mereka mendaftarkan pernikahan mereka masaalah lain akan timbul.
Adalah diharapakan pihak berwajib dapat mencari jalan penyelesaian, sekurang-kurangnya kedudukan anak yang dilahirkan tidak terainaya. Hukumlah emak dan ayah kerana kesalahan tidak mendaftarkan pernikahan, jika perlu.
Saya juga tertanya-tanya adakah anak-anak warganegara Malaysia yang bukan beragama Islam berkahwin diluar negara tetapi tidak mendftarkan perkahwinan mereka di civil marriage akan menghadapi masaalah apabila mendaftar kelahiran anak mereka..
Monday, 3 November 2014
PERATURAN PEGAWAI AWAM 1993
Pelanggaran Pegawai Awam
keatas undang-undang syariah
Terdapat beberapa pegawai awam yang dihadapkan kemahkamah syariah atas beberapa tuduhan seperti tuduhan khalwat dan sebagainya. Tidak ada peraturan dan susunan tertentu keatas pegawai/kakitangan terbabit untuk maksud tatatertib.
Ditangkap khalwat
Pegawai/kakitangan awam yang ditangkap khalwat bukanlah perkara baru. Ia mula tersebar luas ditahun 1994 apabila seorang Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (sebelum itu beliau adalah Ketua Pengarah MAMPU) ditahan bersama pasangannya, juga seorang pegawai dari MAMPU. Tidak diketahui samaada pegawai berkenaan dikenakan tindakan tatatertib. Namun pegawai berkenaan dipindahkan sebagai salah seorang pegawai di Pejabat KSN. Kes berikutnya ialah seoraang Setiausaha Kerajaan Selangor.
Kes terbaru ialah apabila seorang Ketua Pengarah Kesihatan ditangkap khalwat bersama pasangannya .
Ketua Pengarah ini dikenakan tindakan turun pangkat dan telah dinasihatkan bersara atas pilihan sendiri manakala pasangannya dikenakan tindakan turun gaji. Malang sungguh KP ini kerana beberapa bulan sebelum itu seorang Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Belia dan Sukan juga ditangkap khalwat.. Tidak ada perkhabaran atau maklumat yang TKSU ini diambil tindakan tatatertib. Tidak diketahui jua sama ada TKSU ini maih lagi berkhidmat dengan kerajaan.
Tanggungan nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak
Terdapat juga pegawai awam yang tidak melunaskan keputusan mahkamah syariah berkaitan tanggungan nafkah kepada anak-anak apabila berlaku perceraian. Mengingkari keputusan mahkamah adalah satu kesalahan apatah lagi jika pengikaran itu dilakukan oleh pegawai/kakitangan awam.
Satu peraturan wajar dirangka supaya kesalahan-kesalahan tersebut dapat ditangani dengan baik dan tidak ada double standard.
Sunday, 2 November 2014
TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
= PERATURAN PEGAWAI AWAM 1993
(Tatatertib dan Kelakuan) - ditambah baik
Peraturan Pegawai Awam 1993 telah berkuatkuasa dan digunapakai melebehi 20 tahun. Berikutan dengan perkembangan semasa dan beberapa insiden yang berlaku kebelakangan ini, sudah sampai maanya peraturan ini dikaji semula untuk penambahbaikan
Diantara perkara baru yang perlu diberi perhatian:
: SALAHLAKU PEGAWAI AWAM DILUAR NEGARA:
Pegawai yang berkhidmat diluar negara
Berikutan dengan peristiwa dimana seorang Pengarah Pelancongan dan isteri dipenjara diSweeden, cara dan kaedah dalam menguruskan kes ini dirasakan tidak kena. Apabila seseorang pegawai awam ditempatkan dimana - mana jabatan diluar negara, pegawai berkenaan adalah terikat dan patuh kepada local laws. Pematuhan ini adalah wajib walaupun seseorang pegawai itu bertaraf DIPLOMATIC. Kekebalan Diplomatic bukan bermakna seseorang pegawai boleh melakukan apa saja. Taraf Diplomatik adalah untuk kekesanan urusan.
Pengarah Pelancongan dan isteri dipercayai tidak melalui proses tatatertib. Agak meragukan sama ada keputusan Perdana Menteri tidak mengambil apa-apa tindakan keatasnya itu dirujuk kepada Peguam Negara terlebeh dahulu ataupun telah mendapat nasihat Jabatan Perkhidmatan Awam. Hakikatnya ini akan menjadikan precedent untuk kes-kes akan datang terutamanya kes yang dihadapi oleh Pembantu Penasihat Pertahanan di New Zealand.
Saya teringat satu kes ditahun 80an, dimana seorang Pesuruhjaya Perdagangan, Italy diberi surat tunjuk sebab kerana memberhentikan Pegawai Pemasaran nya walaupun Pegawai Pemasaran nya itu masih lagi dalam tempoh percubaan. Pegawai Pemasaran tersebut telah menyaman kerajaan dan beliau menang. Kerajaan telah membayar gantirugi kepada Pegawai Pemasaran tersebut. Begitulah kuatnya Local Laws to be observed at all times.
Pegawai Bercuti/Bertugas/Berkursus DiLuar Negara
Pegawai yang bertugas diluar negara atas urusan rasmi atau pegawai sedang bercuti diluar negara atau pegawai sedang berkursus diluar negara juga terdedah kepada kemungkinan melakukan kesalahan mengikut undang-undang tempatan. Seorang pegawai tentera yang mengikuti kursus Amerika Syarikat telah didakwa diAmerika Syarikat atas tuduhan membeli senjata api.
Oleh itu satu garis panduan dan susunan tatatertib hendaklah diwujudkan supaya kes-kes sebegini dapat diurustadbir dimasa akan datang
Sunday, 26 October 2014
PEGAWAI AWAM DIHUKUM PENJARA DILUAR NEGARA
Seorang Pengarah Pelancongan Malaysia dan isterinya yang telah disabitkan kesalahan di Sweeden dan telah pun menjalani hukumnan penjara dinegara tersebut telah kembali ketanah air. Pasangan tersebut diberitakan telah kembali bertugas di jabatan nya.
Mengikut proses tatatertib yang terkandung di "PERATURAN- PERATURAN PEGAWAI AWAM 1993 (Kelakuan dan Tatatertib) PU (A) 393 - sesorang pegawai/kakitangan awam yang dihadapkan kemahkamah menjalani proses-proses yang ditetapkan di peraturan tersebut.
TAHAN KERJA (Peraturan 28(4) & 44(1).
Apabila seseorang pegawai/kakitangan dihadapkan kemahkamah, pegawai/kakitangan berkenaan biasanya akan dikenakan tahan kerja. Dalam tempuh tahan kerja pegawai/kakitangan berkenaan layak dibayar separuh dari emolumen yang diterimanya.
GANTUNG KERJA
Bilamana sesorang pegawai/kakitangan itu didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah dan mahkamah menjatuhkan hukuman, tindakan gantung kerja dikenakan. Gantung kerja akan berkuatkuasa dari tarikh mahkamah menjatuhkan hukuman sehingga semua proses rayuan diselesaikan. Dalam tempuh gantung kerja, pegawai/kakitangan berkenaan tidak layak mendapat gaji dan lain-lain emolumen.
BUANG KERJA/KEMBALI BEKERJA.
Apabila semua proses rayuan selesai dan sekiranya pegawai/kakitangan berkenaan didapati bersalah dan menjalani hukuman penjara, biasanya Lembaga Tatatertib akan memutuskan untuk "Buang Kerja". Walaubagaimana pun sekiranya dalam proses rayuan, pegawai/kakitangan berkenaan dibebaskan, maka pegawai/kakitngan berkenaan akan kembali bekerja dijawatan asalnya dan mendapat bayaran gaji dan semua emolumen yang patut diterimanya semasa tahan kerja dan gantung kerja.
KEDUDUKAN PEGAWAI PELANCONGAN DAN ISTERINYA
Tidak diketahui samaada pegawai pelancongan dan isterinya melalui proses yang terkandong dalam Peraturan Pegawai Awam 1993. Adalah dipercayai mungkin keputusan mereka kembali bekerja setelah menjalani hukuman penjara di Sweeden diluluskan oleh Lembaga Tatatertib berkenaan.
KEMUDAHAN BERKHIDMAT DISEBERANG LAUT
Semasa pegawai dan isterinya menjalani hukuman:
(i) Adakah pegawai mendapat faedah seperti Elaun Seberang Laut dan lain-lain peruntukan yang dibayar semasa bertugas diseberang laut,
(ii) Adakah tempuh menjalani hukuman itu dikira "cuti bergaji" atau "cuti tanpa gaji"
PEGAWAI WARAN DINEW ZEALAND
Persoalan timbul pula adakah Pegawai Waran yang dihadapkan di mahkamah New Zealand akan mendapat layanan yang sama?
Sunday, 10 August 2014
TRANSFORMASI UMNO
(untuk renungan Mesyuarat Perwakilan Bahagian)
UMNO sedang menghadapi hari malam nya. Sesuatu yang merupakan penambah baikan/ tindakan pembetulan perlu dilakukan. UMNO tidak boleh mengharapkan perpecahan parti lawan sahaja. Saya dengan rendah diri menyarankan:
PEMILIHAN JAWATAN HENDAKLAH MENGIKUT TEMPUH
SEPERTIMANA DALAM PELEMBAGAAN PARTI.
Pelembagaan Parti menetapkan tempuh memegang jawatan di dalam parti samaada Cawangan, Bahagian atau Majlis Tertinggi adalah 3 tahun. Sejak UMNO didaftarkan semula, pemilihan parti ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya atas alasan untuk mengekal perpaduan parti.
UMNO pernah mengadakan pemilihan parti pada tahun 1981. Pertandingan yang sengit bagi jawatan Timbalan Presiden diantara Tun Musa Hitam dan YBM Tengku Razaliegh Hamzah. Tun Musa menang. Pada April 1982, diadakan pilihanraya umum. UMNO dan Barisan Nasional menang bergaya. Pada tahun 1985, ada lagi pemilihan UMNO. Ada pertandingan 3 penjuru bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dan pada tahun 1986 diadakan pilihanraya umum. UMNO dan Barisan Nasional menang dengan majoriti melebehi 2/3.
Ahli UMNO dan matang. Oleh itu sudah sampai masanya pemilihan UMNO kembali mengikut perlembagaan parti. Tidak perlu ada penagguhan.
Kempen pemilihan Jawatan dalam UMNO:
Ahli yang menawarkan diri untuk bertanding dibenarkan berkempen dengan menganjurkan majlis perjumpaan secara terbuka, Tentukan peraturan supaya calun atau agen nya tidak menyerang dan menyentuh peribadi lawan nya dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat parti.
Debat dianatara calun
Debat adalah merupakan fonemena baru untuk calun mengmukakan hujah dan visi serta misinya, Ahli dapat menilai keupayaan calun melalui hujah nya.
PEMILHAN TERAKHIR IALAH PADA 2013.
PEMILIHAN BERIKUTNYA IALAH PADA 2016.
TEMPUH BERAKHIR PENGGAL PARLIMEN SEMASA 2018
Masa yang mencukupi untuk cooling period bagi menghadapi pilihanraya ke 14.
PERJUMPAAN/MESYUARAT 4 PERINGKAT
(induk, pemuda, wanita & putri )
Disamping mesyuarat MKT, Bahagian & Cawangan, mengadakan perjumpaan 4 peringkat akan dapat membantu mempertingkat kefahaman ahli dan memperbaharui azam. Untuk menjamin kekesanan program ini perjumpaan seperti ini patut diadakan secara berkala.
Dipercayai banyak masaalah akan dapat rungkai. Perselisihan faham dan misunderstanding dapat dikurangkan dan mufakat dapat dijalin.
MESYUARAT MKT,PERHUBUNGAN NEGERI DAN BAHAGIAN.
Mesyuarat MKT patut diadakan di Pejabat Perhubungan Negeri secara bergilir yakni: mesyuarat bermula di ibu pejabat dan mesyuarat berikutnya dinegeri dan dijalankan secara bergilir dianatar negeri-negeri. Ini akan membolehkan ahli MKT turun padang.
Pendekatan yang sama juga perlu dilakukan oleh Perhubungan Negeri dengan mengadakan Mesyuarat Perhubungan Negeri di Bahagian secara bergilir dan seterusnya diikuti oleh Mesyuarat UMNO Bahagian di Cawangan atau zon.
Kepada ahli-ahli UMNO fikir-fikirkanlah. Terima kasih
Subscribe to:
Comments (Atom)