Monday, 24 November 2014



BERNIKAH DISEMPADAN

Saya tertarik dengan episod "bernikah disempadan" yang diterbitkan di berita TV3 baru-baru ini dan mengambil kesempatan untuk mengemukakan pandangan.

Mengikut apa yang difahamkan, pasangan yang bernikah disempadan tetapi tidak mendaftarkan pernikahan mereka dinegara ini, pernikahan mereka tidak di iktiraf, sehinggakan sekiranya pasangan ini dikurniakan zuriat, mereka akan menghadapi massalah untuk mendaftarkan kelahiran dan anak yang tidak berdosa itu tidak boleh dibinkan dengan nama ayahnya. Pasangan ini juga akan menghadapi masaalah besar bilamana ditakdirkan perkahwinan mereka dilanda gelora. Dalam keadaan sebegini yang paling tertekan adalah kaum hawa.

Persoalan nya ialah "ADAKAH PERNIKAHAN DISEMPADAN INI SAH MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DITETAPKAN OLEH AL-QURAAN". Belum ada kedengaran mana-mana pihak yang menyatakan pernikahan seperti ini "Tidak Sah". Bilamana pernikahan sebegini adalah sah mengikut hukum syaraq, mengapa pula tidak di iktiraf
.
 Amat malang  apabila yang menjadi mangsa adalah anak-anak yang tidak di iktiraf dari pernikahan yang sah: Anak-anak ini akan menghadapi masaalah untuk pendaftaran kelahiran nya dan berkemungkinan akan menghadapi masaalah untuk kesekolah dan seterusnya untuk mendapat pekerjaan dimasa depan
Anak-anak ini juga akan kehilangan hak mendapat faraid keatas harta peninggalan orang tuanya, sedangkan anak-anak dari pernikahan dinegara ini mendapat hak mereka. Anak-anak ini juga akan mengahapi kesukaran-kesukaran..

Pernikahan disempadan nmungkin berlaku kerana birokrasi di Jabatan Agama Islam. Ketidak didaftarakan pernikahan sempadan di Jabatan Agama juga mungkin disebabkan birokrasi dan kurang maklumat mengenai nya. Pasangan juga bimbang bila mereka mendaftarkan pernikahan mereka masaalah lain akan timbul.

Adalah diharapakan pihak berwajib dapat mencari jalan penyelesaian, sekurang-kurangnya kedudukan anak  yang dilahirkan tidak terainaya. Hukumlah emak dan ayah kerana kesalahan tidak mendaftarkan pernikahan, jika perlu.

Saya juga tertanya-tanya adakah anak-anak warganegara Malaysia yang bukan beragama Islam berkahwin diluar negara tetapi tidak mendftarkan perkahwinan mereka di civil marriage akan menghadapi masaalah apabila mendaftar kelahiran anak mereka..

No comments:

Post a Comment