Monday, 24 November 2014



BERNIKAH DISEMPADAN

Saya tertarik dengan episod "bernikah disempadan" yang diterbitkan di berita TV3 baru-baru ini dan mengambil kesempatan untuk mengemukakan pandangan.

Mengikut apa yang difahamkan, pasangan yang bernikah disempadan tetapi tidak mendaftarkan pernikahan mereka dinegara ini, pernikahan mereka tidak di iktiraf, sehinggakan sekiranya pasangan ini dikurniakan zuriat, mereka akan menghadapi massalah untuk mendaftarkan kelahiran dan anak yang tidak berdosa itu tidak boleh dibinkan dengan nama ayahnya. Pasangan ini juga akan menghadapi masaalah besar bilamana ditakdirkan perkahwinan mereka dilanda gelora. Dalam keadaan sebegini yang paling tertekan adalah kaum hawa.

Persoalan nya ialah "ADAKAH PERNIKAHAN DISEMPADAN INI SAH MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DITETAPKAN OLEH AL-QURAAN". Belum ada kedengaran mana-mana pihak yang menyatakan pernikahan seperti ini "Tidak Sah". Bilamana pernikahan sebegini adalah sah mengikut hukum syaraq, mengapa pula tidak di iktiraf
.
 Amat malang  apabila yang menjadi mangsa adalah anak-anak yang tidak di iktiraf dari pernikahan yang sah: Anak-anak ini akan menghadapi masaalah untuk pendaftaran kelahiran nya dan berkemungkinan akan menghadapi masaalah untuk kesekolah dan seterusnya untuk mendapat pekerjaan dimasa depan
Anak-anak ini juga akan kehilangan hak mendapat faraid keatas harta peninggalan orang tuanya, sedangkan anak-anak dari pernikahan dinegara ini mendapat hak mereka. Anak-anak ini juga akan mengahapi kesukaran-kesukaran..

Pernikahan disempadan nmungkin berlaku kerana birokrasi di Jabatan Agama Islam. Ketidak didaftarakan pernikahan sempadan di Jabatan Agama juga mungkin disebabkan birokrasi dan kurang maklumat mengenai nya. Pasangan juga bimbang bila mereka mendaftarkan pernikahan mereka masaalah lain akan timbul.

Adalah diharapakan pihak berwajib dapat mencari jalan penyelesaian, sekurang-kurangnya kedudukan anak  yang dilahirkan tidak terainaya. Hukumlah emak dan ayah kerana kesalahan tidak mendaftarkan pernikahan, jika perlu.

Saya juga tertanya-tanya adakah anak-anak warganegara Malaysia yang bukan beragama Islam berkahwin diluar negara tetapi tidak mendftarkan perkahwinan mereka di civil marriage akan menghadapi masaalah apabila mendaftar kelahiran anak mereka..

Monday, 3 November 2014




PERATURAN PEGAWAI AWAM 1993
 Pelanggaran Pegawai Awam
keatas undang-undang syariah

Terdapat beberapa pegawai awam yang dihadapkan kemahkamah syariah atas beberapa tuduhan seperti tuduhan khalwat dan sebagainya. Tidak ada peraturan dan susunan tertentu keatas pegawai/kakitangan terbabit untuk maksud tatatertib.

Ditangkap khalwat
Pegawai/kakitangan awam yang ditangkap khalwat bukanlah perkara baru. Ia mula tersebar luas ditahun 1994 apabila seorang Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (sebelum itu beliau adalah Ketua Pengarah MAMPU) ditahan bersama pasangannya, juga seorang pegawai dari MAMPU. Tidak diketahui samaada pegawai berkenaan dikenakan tindakan tatatertib. Namun pegawai berkenaan dipindahkan sebagai salah seorang pegawai di Pejabat KSN.  Kes berikutnya ialah seoraang Setiausaha Kerajaan Selangor.
Kes terbaru  ialah apabila seorang Ketua Pengarah Kesihatan ditangkap khalwat bersama pasangannya .
Ketua Pengarah ini dikenakan tindakan turun pangkat dan telah dinasihatkan bersara atas pilihan sendiri manakala pasangannya dikenakan tindakan turun gaji. Malang sungguh KP ini kerana beberapa bulan sebelum itu seorang Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Belia dan Sukan juga ditangkap khalwat.. Tidak ada perkhabaran atau maklumat yang TKSU ini diambil tindakan tatatertib. Tidak diketahui jua sama ada TKSU ini maih lagi berkhidmat dengan kerajaan.

Tanggungan nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak
Terdapat juga pegawai awam yang tidak melunaskan keputusan mahkamah syariah berkaitan tanggungan nafkah kepada anak-anak apabila berlaku perceraian. Mengingkari keputusan mahkamah adalah satu kesalahan apatah lagi jika pengikaran itu dilakukan oleh pegawai/kakitangan awam.

Satu peraturan wajar dirangka supaya kesalahan-kesalahan tersebut dapat ditangani dengan baik dan tidak ada double standard.

Sunday, 2 November 2014




TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
= PERATURAN PEGAWAI AWAM  1993
(Tatatertib dan Kelakuan) - ditambah baik

Peraturan Pegawai Awam 1993 telah berkuatkuasa dan digunapakai melebehi 20 tahun. Berikutan dengan perkembangan semasa dan beberapa insiden yang berlaku kebelakangan ini, sudah sampai maanya peraturan ini dikaji semula untuk penambahbaikan

Diantara perkara baru yang perlu diberi perhatian:
   :  SALAHLAKU PEGAWAI AWAM DILUAR NEGARA:
      Pegawai yang berkhidmat diluar negara
     Berikutan dengan peristiwa dimana seorang Pengarah Pelancongan dan isteri dipenjara diSweeden, cara dan kaedah dalam menguruskan kes ini dirasakan tidak kena. Apabila seseorang pegawai awam ditempatkan dimana - mana jabatan diluar negara, pegawai berkenaan adalah terikat dan patuh kepada local laws. Pematuhan ini adalah wajib walaupun seseorang pegawai itu bertaraf DIPLOMATIC. Kekebalan Diplomatic bukan bermakna seseorang pegawai boleh melakukan apa saja. Taraf Diplomatik adalah untuk kekesanan urusan.
    Pengarah Pelancongan dan isteri dipercayai tidak melalui proses tatatertib. Agak meragukan sama ada keputusan Perdana Menteri tidak mengambil apa-apa tindakan keatasnya itu dirujuk kepada Peguam Negara terlebeh dahulu ataupun telah mendapat nasihat Jabatan Perkhidmatan Awam. Hakikatnya ini akan menjadikan precedent untuk kes-kes akan datang terutamanya kes yang dihadapi oleh Pembantu Penasihat Pertahanan di New Zealand.
    Saya teringat satu kes ditahun 80an, dimana seorang Pesuruhjaya Perdagangan, Italy diberi surat tunjuk sebab kerana memberhentikan Pegawai Pemasaran nya walaupun Pegawai Pemasaran nya itu masih lagi dalam tempoh percubaan. Pegawai Pemasaran tersebut telah menyaman kerajaan dan beliau menang. Kerajaan telah membayar gantirugi kepada Pegawai Pemasaran tersebut. Begitulah kuatnya Local Laws to be observed at all times.

   Pegawai Bercuti/Bertugas/Berkursus DiLuar Negara
   Pegawai yang bertugas diluar negara atas urusan rasmi atau pegawai sedang bercuti diluar negara atau pegawai sedang berkursus diluar negara juga terdedah kepada kemungkinan melakukan kesalahan mengikut undang-undang tempatan. Seorang pegawai tentera yang mengikuti kursus Amerika Syarikat telah didakwa diAmerika Syarikat atas tuduhan membeli senjata api.

   Oleh itu satu garis panduan dan susunan tatatertib hendaklah diwujudkan supaya kes-kes sebegini dapat diurustadbir dimasa akan datang