Thursday, 31 July 2014




                             ANWAR "TERKEDU" KALI KEDUA.

Pertama kali Anwar terkedu ialah pada tahun 1998. Beliau berkrisis dengan Tun Dr Mahathir. Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan dipecat dari menjadi ahli UMNO.

Umum mengetahui, Anwar mula menyertai UMNO dalam tahun 1981. Menang jawatan Ketua Pemuda UMNO, mengalahkan penyandangnya Dato Suhaimi Kamarudin. Pernah memegang jawatan Naib Presiden dan UMNO dan pada tahun 1993 Anwar menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Anwar adalah "kesayangan" Dr Mahathir.

Dalam kerajaan, Anwar bermula dengan jawatan Timbalan Menteri, di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Belia & Sukan, Menteri Pelajaran dan berakhir di Kementerian Kewangan. Beliau memjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993. Dalam tempuh perkhidmatan nya dengan kerajaan, terdapat beberapa lssue yang boleh dikira bertentangan dengan Dr Mahathir. Namun Dr Mahathir tetap "endorse" apa jua tindakan Anwar walaunpun ada diantaranya tidak disukai nya. Climax "angguk" dan endorse Dr Mahathir adalah pada tahun 1998 berpunca dengan apa yang dikatakan "IMF".

Apabila dipecat dari UMNO, Anwar melancarkan reformaasi. Anwar bergabung dengan PAS dan DAP dalam usahanya untuk comeback. Hampir berjaya. Kegairahan nya untuk menuju puncak dengan cepat menjadikan strateginya dilihat tergendala. Anwar menggunakan pendekatan yang sama iaitu membuat sesuatu tanpa persetujuan rakan gabungan nya dan rakan gabungan terpaksa angguk dan setuju. Tindakan nya itu minimbulkan rasa tidak senang dikalangan gabungan nya. PAS dikatakan telah menjadi lemah sementara DAP memendam rasa. Bila telah terlalu lama "angguk" dan "ya", tahap kesabaran rakan gabungan Anwar berakhir. Kenyataan YB Tuan Guru Haji Hadi dan YB Dato Nik Aziz  serta beberapa  pemimpin PAS tentang kedudukan MB Selangor baru-baru ini menjadikan Anwar "terkedu" kali kedua.

Terkedu pertama Anwar hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tekedu kedua mungkin Anwar akan hilang platform politik nya.


Monday, 28 July 2014




                                          KEMELUT POLTIK SELANGOR

Saya membaca beberapa article dibeberapa blog. Ramai yang menyatakan kenyataan oleh YB Dato Sri Tuan Guru Haji Hadi dan YB Dato Tuan Guru Nik Aziz akan menumbangkan Pakatan Rakyat di Selangor dan di seluruh negara.

 Saya mempunyai pandangan yang berbeza. Saya menjangkakan perlantikan YB Datin Sri Wan Azizah akan menjadikan Pakatan Rakyat mempunyai masa depan yang tidak menentu. Saya kemukakan pandangan saya, keseluruhannya berkait dengan faktor YB Azmin Ali.

1.    YB Azmin Ali adalah merupakan seorang yang anak didik YB Anwar Ibrahim. Srateginya dan tindakan nya adalah hasil pengalaman dan pelajarannya bersama Anwar.  YB Azmin Ali adalah sebilangan kecil pemimpin yang masih bersama PKR. (yang lain ramai blah). Ini bermakna beliau adalah seorang yang masih setia. Beliau tentunya mempunyai cita-cita untuk jadi MB.

2.     Dengan perlantikan YB Wan Azizah, tentulah YB Azmin akan kecewa. (tak kata Azmin je, orang lain pun begitu gak)

3.    YB Azmin pastinya akan mengorak langkah, memperluaskan pengaruh, mengatur strategi untuk melemahkan Wan Azizah sebagai MB. Dalam keadaan YB Anwar berada dipenjara, mampukah Wan Azizah bertahan dan siapa pula yang akan menyokong beliau. Pastinya pada masa ituTan Sri Khalid dan gang hanya tersenyum. Boleh caya kat DAP ke?

4.    Pemilihan PKR akan datang, tidak mustahil YB Azmin akan bertanding Presiden. Dipercayai beliau akan menang. Bila menang tuntut jawatan MB. Macam na?

Sekiranya pandangan diatas ada betulnya, mungkin pihak terbabit boleh memikirkan senula.

 Saya percaya hasrat YB Anwar Ibrahim bertanding jawatan Presiden PKR adalah untuk menyelamatkan keluarganya. YB Anwar mungkin ada dengar gosip ada orang nak cabar Wan Azizah..Untuk mengelakan Wan Azizah ditentang, Anwar menawarkan diri untuk bertanding Presiden. Beliau menarik diri setelah mendapati tiada pencalonan lain. Sebaliknya, jika ada pencalunan lain, waima Azmin Ali sekali pun, saya percaya Anwar akan bertanding jawatan Presiden dan Wan Azizah akan tarik diri.

Dalam keadaan sekarang, macam mana bergolak pun diperingkat atasan, Pakatan tak akan pecah. Retak sana sini sikit-sikit tu biasalah. Pakatan akan kalah bilamana UMNO bersedia menyusun semula struktur kepimpinan nya dengan mengenengahkan seorang tokoh yang diluar sistem kepimpinan UMNO  yang sedia ada.

Wednesday, 23 July 2014



                                        UMNO - DULU & KINI

Hari ini banyak yang diperkatakan tentang UMNO. UMNO hari ini tidak seperti UMNO yang berjaya  membawa negara kepada KEMERDEKAAN. Saya letakkan UMNO kepada 3 fasa:

FASA 1 - UMNO (Asal)
UMNO yang ditubuhkan pada 11 May 1946 dan berakhir pada 4.2.1988 apabila Mahkamah Tinggi mengistiharkan UMNO bsebuah parti yang tidak sah. Tempoh usia UMNO asal ialah 42 tahun.
UMNO ini banyak jasanya kepada negara dan orang Melayu. Disamping berjaya memerdekakan negara,  UMNO  juga telah berjaya menubuhkan negara  MALAYSIA.
Pemimpin nya tidak ada yang berniaga. Semuanya fokus untuk membangunkan negara. Apabila pemimpin negara ini meninggal dunia, mereka tidak meninggalkan harta, hatta tiada sebuah rumah pun. Almarhum Tunku dan Allahyarham Tun Razak hanya meninggalkan jasa untuk rakyatnya.

FASA 2 - UMNO (Malaysia)
Apabila UMNO diharamkan, Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussien Onn (ayahanda kepada YB Dato Hishamudin - Menteri Pertahanan) mengemukakan permohonan untuk mendaftar UMNO (Malasia) bagi menggantikan UMNO yang telah diharamkan. Pendaftar Pertubuhan Malaysia telah menolak permohonan untuk mendaftar UMNO (Malaysia). Penolakan ini bolehlah di ibaratkan: Mati sebelum didaftarkan.

FASA 3 - UMNO (BARU)
Bilamana permohonan untuk mendaftar UMNO (Malaysia) ditolak, YAB Tun Dr Mahathir mengemukakan permohonan untuk mendaftar UMNO (Baru) -  LULUS.
Tidak semua ahli UMNO (Asal) menyertai UMNO (Baru). Pengambilan ahli  boleh dikira seabagai dipilih dan ditapis. Ramai Ketua UMNO Cawangan dan Ketua UMNO Bahagian diketepikan/disingkir. Ketua UMNO Penaja Bahagian menetapkan mereka yang seiring sahaja yang diterima menjadi ahli. Ada juga ahli UMNO (Asal) tidak berminat untuk menertai UMNO (Baru). UMNO yerus mengekalkan kuasa hingga kehari ini
Walaubagaimana pun dikatakan semenjak dua menjak ini UMNO  telah berkurangan ummmp...ummmpnya

PERBEZAAN DIANATARA UMNO(Asal) dengan UMNO (Baru)
1.Tempoh pemilihan:
UMNO (Asal): Pemilihan AJK Cawangan dan MKT akan dipilih apabila sampai masanya seperti mana yang diperuntukan di perlembagaan parti manakala;
UMNO (Baru): Walaupun tempuh pemilihan parti telah ditetapkan mengikut perlembagaan parti, ianya ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya atas alasan untuk perpaduan ahli.
2. Mesyuarat Agong Cawangan:
UMNO (Asal): Mesyuarat Agong Cawangan merupakan satu pesta. Semua ahli boleh berhujah.
UMNO (Baru): Mesyuarat Agong Cawangan diadakan secara berkelompok.
3. Pencalunan untuk AJK Bahagian/Ahli Majlis Kerja Tertinggi
UMNO (Asal):  pencaluanan dari 2 Cawangan akan melayakkan seseorang ahli untuk bertanding di peringkat Bahagian; dan  pencalunan dari 2 Bahagian akan membolehkan seseorang ahli bertanding di Majlis Kerja Tertinggi termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden
UMNO (Baru): Berdasarkan kepada kuota yang ditetapkan. Hanya pada pemilihan tahun 2013 saja ianya berdasarkan kepada penawaran diri ahli.
4. Tempoh berkempen:
UMNO (Asal): Meriah. Dibenarkan menganjurkan majlis keramaian seperrti majlis makan, perjumpaan secara terbuka. Coffee house hotel Merlin (kini Concorde) adalah tempat pertemuan lazim. Bukan lah satu pemandangan yang jengkel bilamana terdapat 2 atau lebeh kumpulan berbeza berkempen duduk semeja berbual mesra.sambil menikmati kopi merlin.
UMNO (Baru): Tiada jamuan makan atas alasan menggunakan politik wang. Walaubagaimana pun adalah diberitakan dan dikhabarkan, kononnya SAMPUL SATU MALAYSIA BERKELIARAN.

UMNO pada masa ini
Tanggapan umum menyatakan UMNO kini adalah berada ditahap membimbangkan. Banyak diperkatakan kerana kepimpinan yang tidak berkesan dan lebeh mementingkan diri. Namun begitu bukanlah satu perkara yang mustahil kelemahan ini juga berpunca dari cara UMNO didaftarkan semula pada tahun 1988. Jika wujudnya perasaan dendam, marah dan lebeh mementingkan diri semasa UMNO didaftarkan semula, mungkin lama kelamaan kehadirannya bermasaalah. ALLAH SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI.

Monday, 14 July 2014




                                        KEMELUT DAP

Penentangan ahli-ahli DAP terhadap kepimpinan yang diketuai oleh Penasihat DAP bukanlah perkara baru. Ia bermula apabila  Ahli Parlimen KL Bandar dari DAP mengistiharkan melepaskan semua jawatan nya beberapa hari sebelum Pilihanraya 1990 dan diikuti dengan program KNOCKS Kit Siang oleh seorang lagi Ahli Parlimen DAP.

 Namun pergolakan dan tentangan akhir-akhir ini besekala besar melibatkan beberapa negeri dan beberapa pemimpin tertinggi dari pelbagai kaum. Tindakan mereka juga agak kedepan hingga mempertikaikan mesyauat Agong dan pemilihan CEC dan seterusnya mengemukakan bantahan kepada Pendaftar Pertubuhan. Nama-nama besar pemimpin penentang ini kerapkali muncul dikaca tv dengan pelbagai tuduhan dan bantahan. Ledakan kumpulan penentang ini keatas pucuk pimpinan DAP tidak mengubah struktur kepimpinan yang sedia ada, malah pucuk pimpinan terus dengan kegiatan dan aktiviti seperti biasa. Luahan dan rasa tidak puas hati penentang keatas pimpinan DAP bolehlah diumpamakan dengan peribahasa "SEPERTI ANJING MENYALAK BUKIT".  Saya kira kalaupun selori ahli keluar parti atau segerabak keretapi ahli meninggalkan parti, DAP tetap DAP kerana DAP mempunyai pengundi tetap.

Kumpulan penentang seharusnya bertindak lebeh radikal. Sekiranya mereka masih tidak berpuashati dengan pucuk pimpinan, mereka seharusnya memikirkan untuk menubuh sebuah parti baru yang semilar kepada DAP: nama, slogan dan nsemangatnya. Parti yang mengutamakan perjuangan; bukan kroni. Mungkin nama seperti "MALAYSIA ACTION PARTY - (MAP)" boleh dipertimbangkan. Bilamana DAP dengan slogan: Malaysia Malaysian: nya, slogan yang mirip dengan nya mungkin : Malaysia For Malaysian:.

Jika parti baru ini didaftarkan dalam tempoh terdekat, ianya akan memberi masa yang cukup untuk bergerak bagi menyertai Pilihanraya ke 14. Biarlah pilihanraya ke 14 menentukan sama ada parti baru diterima atau DAP akan terus gah.






Thursday, 10 July 2014




                                                      DYANA SOFEA.

Pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan telah berlalu. Pemenangnya telahpun dilantik sebagai Menteri DiJabatan Perdana Menteri. Namun nama DYANA SOFEA masih lagi diperkatakan dengan tohmahan, caci maki dan diaibkan.
     
                DAP adalah parti pembangkang. Sama dengan PAS dan KEADILAN. Ramai pemimpin dan ahli UMNO telah berhijrah ke parti pembangkang terutamanya PAS. Dyana Sofea hanyalah anak kepada  bekas Setiauasa UMNO Bahagian. Ibunya diberi kepercayaan  dilantik sebagai Setiausaha UMNO Bahagian diera 1970an.  Kecaman terhadap Dyana Sofea adalah keterlaluan jika dibandingkan dengan pemimpin tertinggi UMNO yang telah berhijrah ke parti lawan. Semasa dalam UMNO mereka berjawatan tinggi dan berkuasa dalam kerajaan. Bila keluar UMNO, mereka attack UMNO habis-habisan. Namun mereka tidaklah dikecam, dimalukan dan diaibkan sepertimana Dyana.

 Meletakkan calun Melayu oleh DAP di Perak bukanlah perkara baru. DAP pernah mempunyai wakil rakyat Melayu di Dewan Undangan Negeri Perak: Ibrahim Singgeh, Salleh Nahkoda Hitam dan Fadzlan Yahya adalah Wakil Rakyat DAP di Dewan Undangan Negeri Peraksatu ketika dahulu.. Mereka semua bertanding dikawasan yang majoriti penduduknya adalah dari keturunan Cina.

Katakanlah jika Dyana Sofea tidak dicalunkan di Pilihanraya Kecil Teluk Intan yang lalu, pastinya DAP tidak akan memberi free lunch to BN. DAP pasti akan meletakkan calun nya. Jika bukan Dyana Sofea yang bertanding, mungkin DAP akan menang.

Kehadiran Dyana Sofea dalam DAP adalah satu permulaan. Akan ada lagi anak muda Melayu yang berpelajaran akan bersama dengan DAP. Baru-baru ini diberitakan telah ada seorang lagi anak muda Melayu menyertai DAP.  Dyana Sofea dan rakannya  dipercayai akan dillatih secukupnya untuk  menambah bilangan Melayu berpelajaran kedalam DAP.

Berjayakah Dyana Sofea? Masa akan menentukan.