Monday, 14 July 2014




                                        KEMELUT DAP

Penentangan ahli-ahli DAP terhadap kepimpinan yang diketuai oleh Penasihat DAP bukanlah perkara baru. Ia bermula apabila  Ahli Parlimen KL Bandar dari DAP mengistiharkan melepaskan semua jawatan nya beberapa hari sebelum Pilihanraya 1990 dan diikuti dengan program KNOCKS Kit Siang oleh seorang lagi Ahli Parlimen DAP.

 Namun pergolakan dan tentangan akhir-akhir ini besekala besar melibatkan beberapa negeri dan beberapa pemimpin tertinggi dari pelbagai kaum. Tindakan mereka juga agak kedepan hingga mempertikaikan mesyauat Agong dan pemilihan CEC dan seterusnya mengemukakan bantahan kepada Pendaftar Pertubuhan. Nama-nama besar pemimpin penentang ini kerapkali muncul dikaca tv dengan pelbagai tuduhan dan bantahan. Ledakan kumpulan penentang ini keatas pucuk pimpinan DAP tidak mengubah struktur kepimpinan yang sedia ada, malah pucuk pimpinan terus dengan kegiatan dan aktiviti seperti biasa. Luahan dan rasa tidak puas hati penentang keatas pimpinan DAP bolehlah diumpamakan dengan peribahasa "SEPERTI ANJING MENYALAK BUKIT".  Saya kira kalaupun selori ahli keluar parti atau segerabak keretapi ahli meninggalkan parti, DAP tetap DAP kerana DAP mempunyai pengundi tetap.

Kumpulan penentang seharusnya bertindak lebeh radikal. Sekiranya mereka masih tidak berpuashati dengan pucuk pimpinan, mereka seharusnya memikirkan untuk menubuh sebuah parti baru yang semilar kepada DAP: nama, slogan dan nsemangatnya. Parti yang mengutamakan perjuangan; bukan kroni. Mungkin nama seperti "MALAYSIA ACTION PARTY - (MAP)" boleh dipertimbangkan. Bilamana DAP dengan slogan: Malaysia Malaysian: nya, slogan yang mirip dengan nya mungkin : Malaysia For Malaysian:.

Jika parti baru ini didaftarkan dalam tempoh terdekat, ianya akan memberi masa yang cukup untuk bergerak bagi menyertai Pilihanraya ke 14. Biarlah pilihanraya ke 14 menentukan sama ada parti baru diterima atau DAP akan terus gah.






No comments:

Post a Comment