Wednesday, 23 July 2014
UMNO - DULU & KINI
Hari ini banyak yang diperkatakan tentang UMNO. UMNO hari ini tidak seperti UMNO yang berjaya membawa negara kepada KEMERDEKAAN. Saya letakkan UMNO kepada 3 fasa:
FASA 1 - UMNO (Asal)
UMNO yang ditubuhkan pada 11 May 1946 dan berakhir pada 4.2.1988 apabila Mahkamah Tinggi mengistiharkan UMNO bsebuah parti yang tidak sah. Tempoh usia UMNO asal ialah 42 tahun.
UMNO ini banyak jasanya kepada negara dan orang Melayu. Disamping berjaya memerdekakan negara, UMNO juga telah berjaya menubuhkan negara MALAYSIA.
Pemimpin nya tidak ada yang berniaga. Semuanya fokus untuk membangunkan negara. Apabila pemimpin negara ini meninggal dunia, mereka tidak meninggalkan harta, hatta tiada sebuah rumah pun. Almarhum Tunku dan Allahyarham Tun Razak hanya meninggalkan jasa untuk rakyatnya.
FASA 2 - UMNO (Malaysia)
Apabila UMNO diharamkan, Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussien Onn (ayahanda kepada YB Dato Hishamudin - Menteri Pertahanan) mengemukakan permohonan untuk mendaftar UMNO (Malasia) bagi menggantikan UMNO yang telah diharamkan. Pendaftar Pertubuhan Malaysia telah menolak permohonan untuk mendaftar UMNO (Malaysia). Penolakan ini bolehlah di ibaratkan: Mati sebelum didaftarkan.
FASA 3 - UMNO (BARU)
Bilamana permohonan untuk mendaftar UMNO (Malaysia) ditolak, YAB Tun Dr Mahathir mengemukakan permohonan untuk mendaftar UMNO (Baru) - LULUS.
Tidak semua ahli UMNO (Asal) menyertai UMNO (Baru). Pengambilan ahli boleh dikira seabagai dipilih dan ditapis. Ramai Ketua UMNO Cawangan dan Ketua UMNO Bahagian diketepikan/disingkir. Ketua UMNO Penaja Bahagian menetapkan mereka yang seiring sahaja yang diterima menjadi ahli. Ada juga ahli UMNO (Asal) tidak berminat untuk menertai UMNO (Baru). UMNO yerus mengekalkan kuasa hingga kehari ini
Walaubagaimana pun dikatakan semenjak dua menjak ini UMNO telah berkurangan ummmp...ummmpnya
PERBEZAAN DIANATARA UMNO(Asal) dengan UMNO (Baru)
1.Tempoh pemilihan:
UMNO (Asal): Pemilihan AJK Cawangan dan MKT akan dipilih apabila sampai masanya seperti mana yang diperuntukan di perlembagaan parti manakala;
UMNO (Baru): Walaupun tempuh pemilihan parti telah ditetapkan mengikut perlembagaan parti, ianya ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya atas alasan untuk perpaduan ahli.
2. Mesyuarat Agong Cawangan:
UMNO (Asal): Mesyuarat Agong Cawangan merupakan satu pesta. Semua ahli boleh berhujah.
UMNO (Baru): Mesyuarat Agong Cawangan diadakan secara berkelompok.
3. Pencalunan untuk AJK Bahagian/Ahli Majlis Kerja Tertinggi
UMNO (Asal): pencaluanan dari 2 Cawangan akan melayakkan seseorang ahli untuk bertanding di peringkat Bahagian; dan pencalunan dari 2 Bahagian akan membolehkan seseorang ahli bertanding di Majlis Kerja Tertinggi termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden
UMNO (Baru): Berdasarkan kepada kuota yang ditetapkan. Hanya pada pemilihan tahun 2013 saja ianya berdasarkan kepada penawaran diri ahli.
4. Tempoh berkempen:
UMNO (Asal): Meriah. Dibenarkan menganjurkan majlis keramaian seperrti majlis makan, perjumpaan secara terbuka. Coffee house hotel Merlin (kini Concorde) adalah tempat pertemuan lazim. Bukan lah satu pemandangan yang jengkel bilamana terdapat 2 atau lebeh kumpulan berbeza berkempen duduk semeja berbual mesra.sambil menikmati kopi merlin.
UMNO (Baru): Tiada jamuan makan atas alasan menggunakan politik wang. Walaubagaimana pun adalah diberitakan dan dikhabarkan, kononnya SAMPUL SATU MALAYSIA BERKELIARAN.
UMNO pada masa ini
Tanggapan umum menyatakan UMNO kini adalah berada ditahap membimbangkan. Banyak diperkatakan kerana kepimpinan yang tidak berkesan dan lebeh mementingkan diri. Namun begitu bukanlah satu perkara yang mustahil kelemahan ini juga berpunca dari cara UMNO didaftarkan semula pada tahun 1988. Jika wujudnya perasaan dendam, marah dan lebeh mementingkan diri semasa UMNO didaftarkan semula, mungkin lama kelamaan kehadirannya bermasaalah. ALLAH SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment