Thursday, 10 July 2014




                                                      DYANA SOFEA.

Pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan telah berlalu. Pemenangnya telahpun dilantik sebagai Menteri DiJabatan Perdana Menteri. Namun nama DYANA SOFEA masih lagi diperkatakan dengan tohmahan, caci maki dan diaibkan.
     
                DAP adalah parti pembangkang. Sama dengan PAS dan KEADILAN. Ramai pemimpin dan ahli UMNO telah berhijrah ke parti pembangkang terutamanya PAS. Dyana Sofea hanyalah anak kepada  bekas Setiauasa UMNO Bahagian. Ibunya diberi kepercayaan  dilantik sebagai Setiausaha UMNO Bahagian diera 1970an.  Kecaman terhadap Dyana Sofea adalah keterlaluan jika dibandingkan dengan pemimpin tertinggi UMNO yang telah berhijrah ke parti lawan. Semasa dalam UMNO mereka berjawatan tinggi dan berkuasa dalam kerajaan. Bila keluar UMNO, mereka attack UMNO habis-habisan. Namun mereka tidaklah dikecam, dimalukan dan diaibkan sepertimana Dyana.

 Meletakkan calun Melayu oleh DAP di Perak bukanlah perkara baru. DAP pernah mempunyai wakil rakyat Melayu di Dewan Undangan Negeri Perak: Ibrahim Singgeh, Salleh Nahkoda Hitam dan Fadzlan Yahya adalah Wakil Rakyat DAP di Dewan Undangan Negeri Peraksatu ketika dahulu.. Mereka semua bertanding dikawasan yang majoriti penduduknya adalah dari keturunan Cina.

Katakanlah jika Dyana Sofea tidak dicalunkan di Pilihanraya Kecil Teluk Intan yang lalu, pastinya DAP tidak akan memberi free lunch to BN. DAP pasti akan meletakkan calun nya. Jika bukan Dyana Sofea yang bertanding, mungkin DAP akan menang.

Kehadiran Dyana Sofea dalam DAP adalah satu permulaan. Akan ada lagi anak muda Melayu yang berpelajaran akan bersama dengan DAP. Baru-baru ini diberitakan telah ada seorang lagi anak muda Melayu menyertai DAP.  Dyana Sofea dan rakannya  dipercayai akan dillatih secukupnya untuk  menambah bilangan Melayu berpelajaran kedalam DAP.

Berjayakah Dyana Sofea? Masa akan menentukan.
         

No comments:

Post a Comment