Monday, 8 December 2014
MEREMAJAKAN UMNO
Didalam Perhimpunan Agong UMNO yang lalu, peremajaan UMNO menjadi perhatian umum. Apa maksud sebenar "meremajakan UMNO?"
Adalah diakui terdapat pemimpin UMNO yang terlalu lama menyandang jawatan. Bermula dari Johor, selain Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Shahrir Samad juga lama. Dato Sri Ali Rostam dari Melaka telah memegang jawatan dalam UMNO sebelum UMNO (Baru) didaftarkan. Beliau juga tidak berjaya memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya dipilihanraya yang lalu. Tan Sri Isa Samad dan Dato Hassan Malik adalah dianatara pemimpin lama di Negeri Sembilan. Perak juga terdapat ramai pemimpin lama. Dato Zahid Hamidi, Dato Tajuddin Rahman, Dato Nazri Aziz dan Dato Zihin dari Parit adalah dianatara pemimpin yang yang telah berada didalam kepimpinan UMNO melebehi 25 tahun. Kelantan telah berada dibawah pemerintahan PAS semenjak tahun 1990. Dato Mustapha Mohamad dan Tan Sri Anwar Musa telah lama berada dalam kepimpinan UMNO. Tengku Razaliegh Hamzah adalah yang paling lama, walaupun beliau terputus dengan UMNO pada satu ketika dahulu.
Di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, walaupun bukan kawasan UMNO/BN, Ketua UMNO Bahagian Kepong adalah yang paling lama
.
Melalui proses peremajaan UMNO, adakah sebahagian besar pemimpin lama ini bersedia untuk untuk memberi laluan atau adakah pemimpin bawahan yang terdiri dari Timbalan, Naib atau Ketua Pemuda akan terpaksa meredah bertanding untk merebut jawatan?
Pergerakan Wanita juga mempunyai ramai pemimpin Bahagian yang lama. Mantan kepimpinan Putri masih tercari-cari ruang untuk menyelitkan diri di barisan kepimpinan Wanita. Mungkin sudah sampai masanya Peraturan Wanita ditambah baik dengan klausa "Ketua Putri dan Naib Ketua Putri adalah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Wanita Bahagian". Ini akan memberi peluang kepada Wanita muda untuk lebeh berjaya disamping usaha wanita untuk mendidik bagi persediaan kepimpinan wanita pelapis,
Monday, 24 November 2014
BERNIKAH DISEMPADAN
Saya tertarik dengan episod "bernikah disempadan" yang diterbitkan di berita TV3 baru-baru ini dan mengambil kesempatan untuk mengemukakan pandangan.
Mengikut apa yang difahamkan, pasangan yang bernikah disempadan tetapi tidak mendaftarkan pernikahan mereka dinegara ini, pernikahan mereka tidak di iktiraf, sehinggakan sekiranya pasangan ini dikurniakan zuriat, mereka akan menghadapi massalah untuk mendaftarkan kelahiran dan anak yang tidak berdosa itu tidak boleh dibinkan dengan nama ayahnya. Pasangan ini juga akan menghadapi masaalah besar bilamana ditakdirkan perkahwinan mereka dilanda gelora. Dalam keadaan sebegini yang paling tertekan adalah kaum hawa.
Persoalan nya ialah "ADAKAH PERNIKAHAN DISEMPADAN INI SAH MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DITETAPKAN OLEH AL-QURAAN". Belum ada kedengaran mana-mana pihak yang menyatakan pernikahan seperti ini "Tidak Sah". Bilamana pernikahan sebegini adalah sah mengikut hukum syaraq, mengapa pula tidak di iktiraf
.
Amat malang apabila yang menjadi mangsa adalah anak-anak yang tidak di iktiraf dari pernikahan yang sah: Anak-anak ini akan menghadapi masaalah untuk pendaftaran kelahiran nya dan berkemungkinan akan menghadapi masaalah untuk kesekolah dan seterusnya untuk mendapat pekerjaan dimasa depan
Anak-anak ini juga akan kehilangan hak mendapat faraid keatas harta peninggalan orang tuanya, sedangkan anak-anak dari pernikahan dinegara ini mendapat hak mereka. Anak-anak ini juga akan mengahapi kesukaran-kesukaran..
Pernikahan disempadan nmungkin berlaku kerana birokrasi di Jabatan Agama Islam. Ketidak didaftarakan pernikahan sempadan di Jabatan Agama juga mungkin disebabkan birokrasi dan kurang maklumat mengenai nya. Pasangan juga bimbang bila mereka mendaftarkan pernikahan mereka masaalah lain akan timbul.
Adalah diharapakan pihak berwajib dapat mencari jalan penyelesaian, sekurang-kurangnya kedudukan anak yang dilahirkan tidak terainaya. Hukumlah emak dan ayah kerana kesalahan tidak mendaftarkan pernikahan, jika perlu.
Saya juga tertanya-tanya adakah anak-anak warganegara Malaysia yang bukan beragama Islam berkahwin diluar negara tetapi tidak mendftarkan perkahwinan mereka di civil marriage akan menghadapi masaalah apabila mendaftar kelahiran anak mereka..
Monday, 3 November 2014
PERATURAN PEGAWAI AWAM 1993
Pelanggaran Pegawai Awam
keatas undang-undang syariah
Terdapat beberapa pegawai awam yang dihadapkan kemahkamah syariah atas beberapa tuduhan seperti tuduhan khalwat dan sebagainya. Tidak ada peraturan dan susunan tertentu keatas pegawai/kakitangan terbabit untuk maksud tatatertib.
Ditangkap khalwat
Pegawai/kakitangan awam yang ditangkap khalwat bukanlah perkara baru. Ia mula tersebar luas ditahun 1994 apabila seorang Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (sebelum itu beliau adalah Ketua Pengarah MAMPU) ditahan bersama pasangannya, juga seorang pegawai dari MAMPU. Tidak diketahui samaada pegawai berkenaan dikenakan tindakan tatatertib. Namun pegawai berkenaan dipindahkan sebagai salah seorang pegawai di Pejabat KSN. Kes berikutnya ialah seoraang Setiausaha Kerajaan Selangor.
Kes terbaru ialah apabila seorang Ketua Pengarah Kesihatan ditangkap khalwat bersama pasangannya .
Ketua Pengarah ini dikenakan tindakan turun pangkat dan telah dinasihatkan bersara atas pilihan sendiri manakala pasangannya dikenakan tindakan turun gaji. Malang sungguh KP ini kerana beberapa bulan sebelum itu seorang Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Belia dan Sukan juga ditangkap khalwat.. Tidak ada perkhabaran atau maklumat yang TKSU ini diambil tindakan tatatertib. Tidak diketahui jua sama ada TKSU ini maih lagi berkhidmat dengan kerajaan.
Tanggungan nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak
Terdapat juga pegawai awam yang tidak melunaskan keputusan mahkamah syariah berkaitan tanggungan nafkah kepada anak-anak apabila berlaku perceraian. Mengingkari keputusan mahkamah adalah satu kesalahan apatah lagi jika pengikaran itu dilakukan oleh pegawai/kakitangan awam.
Satu peraturan wajar dirangka supaya kesalahan-kesalahan tersebut dapat ditangani dengan baik dan tidak ada double standard.
Sunday, 2 November 2014
TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
= PERATURAN PEGAWAI AWAM 1993
(Tatatertib dan Kelakuan) - ditambah baik
Peraturan Pegawai Awam 1993 telah berkuatkuasa dan digunapakai melebehi 20 tahun. Berikutan dengan perkembangan semasa dan beberapa insiden yang berlaku kebelakangan ini, sudah sampai maanya peraturan ini dikaji semula untuk penambahbaikan
Diantara perkara baru yang perlu diberi perhatian:
: SALAHLAKU PEGAWAI AWAM DILUAR NEGARA:
Pegawai yang berkhidmat diluar negara
Berikutan dengan peristiwa dimana seorang Pengarah Pelancongan dan isteri dipenjara diSweeden, cara dan kaedah dalam menguruskan kes ini dirasakan tidak kena. Apabila seseorang pegawai awam ditempatkan dimana - mana jabatan diluar negara, pegawai berkenaan adalah terikat dan patuh kepada local laws. Pematuhan ini adalah wajib walaupun seseorang pegawai itu bertaraf DIPLOMATIC. Kekebalan Diplomatic bukan bermakna seseorang pegawai boleh melakukan apa saja. Taraf Diplomatik adalah untuk kekesanan urusan.
Pengarah Pelancongan dan isteri dipercayai tidak melalui proses tatatertib. Agak meragukan sama ada keputusan Perdana Menteri tidak mengambil apa-apa tindakan keatasnya itu dirujuk kepada Peguam Negara terlebeh dahulu ataupun telah mendapat nasihat Jabatan Perkhidmatan Awam. Hakikatnya ini akan menjadikan precedent untuk kes-kes akan datang terutamanya kes yang dihadapi oleh Pembantu Penasihat Pertahanan di New Zealand.
Saya teringat satu kes ditahun 80an, dimana seorang Pesuruhjaya Perdagangan, Italy diberi surat tunjuk sebab kerana memberhentikan Pegawai Pemasaran nya walaupun Pegawai Pemasaran nya itu masih lagi dalam tempoh percubaan. Pegawai Pemasaran tersebut telah menyaman kerajaan dan beliau menang. Kerajaan telah membayar gantirugi kepada Pegawai Pemasaran tersebut. Begitulah kuatnya Local Laws to be observed at all times.
Pegawai Bercuti/Bertugas/Berkursus DiLuar Negara
Pegawai yang bertugas diluar negara atas urusan rasmi atau pegawai sedang bercuti diluar negara atau pegawai sedang berkursus diluar negara juga terdedah kepada kemungkinan melakukan kesalahan mengikut undang-undang tempatan. Seorang pegawai tentera yang mengikuti kursus Amerika Syarikat telah didakwa diAmerika Syarikat atas tuduhan membeli senjata api.
Oleh itu satu garis panduan dan susunan tatatertib hendaklah diwujudkan supaya kes-kes sebegini dapat diurustadbir dimasa akan datang
Sunday, 26 October 2014
PEGAWAI AWAM DIHUKUM PENJARA DILUAR NEGARA
Seorang Pengarah Pelancongan Malaysia dan isterinya yang telah disabitkan kesalahan di Sweeden dan telah pun menjalani hukumnan penjara dinegara tersebut telah kembali ketanah air. Pasangan tersebut diberitakan telah kembali bertugas di jabatan nya.
Mengikut proses tatatertib yang terkandung di "PERATURAN- PERATURAN PEGAWAI AWAM 1993 (Kelakuan dan Tatatertib) PU (A) 393 - sesorang pegawai/kakitangan awam yang dihadapkan kemahkamah menjalani proses-proses yang ditetapkan di peraturan tersebut.
TAHAN KERJA (Peraturan 28(4) & 44(1).
Apabila seseorang pegawai/kakitangan dihadapkan kemahkamah, pegawai/kakitangan berkenaan biasanya akan dikenakan tahan kerja. Dalam tempuh tahan kerja pegawai/kakitangan berkenaan layak dibayar separuh dari emolumen yang diterimanya.
GANTUNG KERJA
Bilamana sesorang pegawai/kakitangan itu didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah dan mahkamah menjatuhkan hukuman, tindakan gantung kerja dikenakan. Gantung kerja akan berkuatkuasa dari tarikh mahkamah menjatuhkan hukuman sehingga semua proses rayuan diselesaikan. Dalam tempuh gantung kerja, pegawai/kakitangan berkenaan tidak layak mendapat gaji dan lain-lain emolumen.
BUANG KERJA/KEMBALI BEKERJA.
Apabila semua proses rayuan selesai dan sekiranya pegawai/kakitangan berkenaan didapati bersalah dan menjalani hukuman penjara, biasanya Lembaga Tatatertib akan memutuskan untuk "Buang Kerja". Walaubagaimana pun sekiranya dalam proses rayuan, pegawai/kakitangan berkenaan dibebaskan, maka pegawai/kakitngan berkenaan akan kembali bekerja dijawatan asalnya dan mendapat bayaran gaji dan semua emolumen yang patut diterimanya semasa tahan kerja dan gantung kerja.
KEDUDUKAN PEGAWAI PELANCONGAN DAN ISTERINYA
Tidak diketahui samaada pegawai pelancongan dan isterinya melalui proses yang terkandong dalam Peraturan Pegawai Awam 1993. Adalah dipercayai mungkin keputusan mereka kembali bekerja setelah menjalani hukuman penjara di Sweeden diluluskan oleh Lembaga Tatatertib berkenaan.
KEMUDAHAN BERKHIDMAT DISEBERANG LAUT
Semasa pegawai dan isterinya menjalani hukuman:
(i) Adakah pegawai mendapat faedah seperti Elaun Seberang Laut dan lain-lain peruntukan yang dibayar semasa bertugas diseberang laut,
(ii) Adakah tempuh menjalani hukuman itu dikira "cuti bergaji" atau "cuti tanpa gaji"
PEGAWAI WARAN DINEW ZEALAND
Persoalan timbul pula adakah Pegawai Waran yang dihadapkan di mahkamah New Zealand akan mendapat layanan yang sama?
Sunday, 10 August 2014
TRANSFORMASI UMNO
(untuk renungan Mesyuarat Perwakilan Bahagian)
UMNO sedang menghadapi hari malam nya. Sesuatu yang merupakan penambah baikan/ tindakan pembetulan perlu dilakukan. UMNO tidak boleh mengharapkan perpecahan parti lawan sahaja. Saya dengan rendah diri menyarankan:
PEMILIHAN JAWATAN HENDAKLAH MENGIKUT TEMPUH
SEPERTIMANA DALAM PELEMBAGAAN PARTI.
Pelembagaan Parti menetapkan tempuh memegang jawatan di dalam parti samaada Cawangan, Bahagian atau Majlis Tertinggi adalah 3 tahun. Sejak UMNO didaftarkan semula, pemilihan parti ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya atas alasan untuk mengekal perpaduan parti.
UMNO pernah mengadakan pemilihan parti pada tahun 1981. Pertandingan yang sengit bagi jawatan Timbalan Presiden diantara Tun Musa Hitam dan YBM Tengku Razaliegh Hamzah. Tun Musa menang. Pada April 1982, diadakan pilihanraya umum. UMNO dan Barisan Nasional menang bergaya. Pada tahun 1985, ada lagi pemilihan UMNO. Ada pertandingan 3 penjuru bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dan pada tahun 1986 diadakan pilihanraya umum. UMNO dan Barisan Nasional menang dengan majoriti melebehi 2/3.
Ahli UMNO dan matang. Oleh itu sudah sampai masanya pemilihan UMNO kembali mengikut perlembagaan parti. Tidak perlu ada penagguhan.
Kempen pemilihan Jawatan dalam UMNO:
Ahli yang menawarkan diri untuk bertanding dibenarkan berkempen dengan menganjurkan majlis perjumpaan secara terbuka, Tentukan peraturan supaya calun atau agen nya tidak menyerang dan menyentuh peribadi lawan nya dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat parti.
Debat dianatara calun
Debat adalah merupakan fonemena baru untuk calun mengmukakan hujah dan visi serta misinya, Ahli dapat menilai keupayaan calun melalui hujah nya.
PEMILHAN TERAKHIR IALAH PADA 2013.
PEMILIHAN BERIKUTNYA IALAH PADA 2016.
TEMPUH BERAKHIR PENGGAL PARLIMEN SEMASA 2018
Masa yang mencukupi untuk cooling period bagi menghadapi pilihanraya ke 14.
PERJUMPAAN/MESYUARAT 4 PERINGKAT
(induk, pemuda, wanita & putri )
Disamping mesyuarat MKT, Bahagian & Cawangan, mengadakan perjumpaan 4 peringkat akan dapat membantu mempertingkat kefahaman ahli dan memperbaharui azam. Untuk menjamin kekesanan program ini perjumpaan seperti ini patut diadakan secara berkala.
Dipercayai banyak masaalah akan dapat rungkai. Perselisihan faham dan misunderstanding dapat dikurangkan dan mufakat dapat dijalin.
MESYUARAT MKT,PERHUBUNGAN NEGERI DAN BAHAGIAN.
Mesyuarat MKT patut diadakan di Pejabat Perhubungan Negeri secara bergilir yakni: mesyuarat bermula di ibu pejabat dan mesyuarat berikutnya dinegeri dan dijalankan secara bergilir dianatar negeri-negeri. Ini akan membolehkan ahli MKT turun padang.
Pendekatan yang sama juga perlu dilakukan oleh Perhubungan Negeri dengan mengadakan Mesyuarat Perhubungan Negeri di Bahagian secara bergilir dan seterusnya diikuti oleh Mesyuarat UMNO Bahagian di Cawangan atau zon.
Kepada ahli-ahli UMNO fikir-fikirkanlah. Terima kasih
Thursday, 31 July 2014
ANWAR "TERKEDU" KALI KEDUA.
Pertama kali Anwar terkedu ialah pada tahun 1998. Beliau berkrisis dengan Tun Dr Mahathir. Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan dipecat dari menjadi ahli UMNO.
Umum mengetahui, Anwar mula menyertai UMNO dalam tahun 1981. Menang jawatan Ketua Pemuda UMNO, mengalahkan penyandangnya Dato Suhaimi Kamarudin. Pernah memegang jawatan Naib Presiden dan UMNO dan pada tahun 1993 Anwar menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Anwar adalah "kesayangan" Dr Mahathir.
Dalam kerajaan, Anwar bermula dengan jawatan Timbalan Menteri, di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Belia & Sukan, Menteri Pelajaran dan berakhir di Kementerian Kewangan. Beliau memjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993. Dalam tempuh perkhidmatan nya dengan kerajaan, terdapat beberapa lssue yang boleh dikira bertentangan dengan Dr Mahathir. Namun Dr Mahathir tetap "endorse" apa jua tindakan Anwar walaunpun ada diantaranya tidak disukai nya. Climax "angguk" dan endorse Dr Mahathir adalah pada tahun 1998 berpunca dengan apa yang dikatakan "IMF".
Apabila dipecat dari UMNO, Anwar melancarkan reformaasi. Anwar bergabung dengan PAS dan DAP dalam usahanya untuk comeback. Hampir berjaya. Kegairahan nya untuk menuju puncak dengan cepat menjadikan strateginya dilihat tergendala. Anwar menggunakan pendekatan yang sama iaitu membuat sesuatu tanpa persetujuan rakan gabungan nya dan rakan gabungan terpaksa angguk dan setuju. Tindakan nya itu minimbulkan rasa tidak senang dikalangan gabungan nya. PAS dikatakan telah menjadi lemah sementara DAP memendam rasa. Bila telah terlalu lama "angguk" dan "ya", tahap kesabaran rakan gabungan Anwar berakhir. Kenyataan YB Tuan Guru Haji Hadi dan YB Dato Nik Aziz serta beberapa pemimpin PAS tentang kedudukan MB Selangor baru-baru ini menjadikan Anwar "terkedu" kali kedua.
Terkedu pertama Anwar hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tekedu kedua mungkin Anwar akan hilang platform politik nya.
Monday, 28 July 2014
KEMELUT POLTIK SELANGOR
Saya membaca beberapa article dibeberapa blog. Ramai yang menyatakan kenyataan oleh YB Dato Sri Tuan Guru Haji Hadi dan YB Dato Tuan Guru Nik Aziz akan menumbangkan Pakatan Rakyat di Selangor dan di seluruh negara.
Saya mempunyai pandangan yang berbeza. Saya menjangkakan perlantikan YB Datin Sri Wan Azizah akan menjadikan Pakatan Rakyat mempunyai masa depan yang tidak menentu. Saya kemukakan pandangan saya, keseluruhannya berkait dengan faktor YB Azmin Ali.
1. YB Azmin Ali adalah merupakan seorang yang anak didik YB Anwar Ibrahim. Srateginya dan tindakan nya adalah hasil pengalaman dan pelajarannya bersama Anwar. YB Azmin Ali adalah sebilangan kecil pemimpin yang masih bersama PKR. (yang lain ramai blah). Ini bermakna beliau adalah seorang yang masih setia. Beliau tentunya mempunyai cita-cita untuk jadi MB.
2. Dengan perlantikan YB Wan Azizah, tentulah YB Azmin akan kecewa. (tak kata Azmin je, orang lain pun begitu gak)
3. YB Azmin pastinya akan mengorak langkah, memperluaskan pengaruh, mengatur strategi untuk melemahkan Wan Azizah sebagai MB. Dalam keadaan YB Anwar berada dipenjara, mampukah Wan Azizah bertahan dan siapa pula yang akan menyokong beliau. Pastinya pada masa ituTan Sri Khalid dan gang hanya tersenyum. Boleh caya kat DAP ke?
4. Pemilihan PKR akan datang, tidak mustahil YB Azmin akan bertanding Presiden. Dipercayai beliau akan menang. Bila menang tuntut jawatan MB. Macam na?
Sekiranya pandangan diatas ada betulnya, mungkin pihak terbabit boleh memikirkan senula.
Saya percaya hasrat YB Anwar Ibrahim bertanding jawatan Presiden PKR adalah untuk menyelamatkan keluarganya. YB Anwar mungkin ada dengar gosip ada orang nak cabar Wan Azizah..Untuk mengelakan Wan Azizah ditentang, Anwar menawarkan diri untuk bertanding Presiden. Beliau menarik diri setelah mendapati tiada pencalonan lain. Sebaliknya, jika ada pencalunan lain, waima Azmin Ali sekali pun, saya percaya Anwar akan bertanding jawatan Presiden dan Wan Azizah akan tarik diri.
Dalam keadaan sekarang, macam mana bergolak pun diperingkat atasan, Pakatan tak akan pecah. Retak sana sini sikit-sikit tu biasalah. Pakatan akan kalah bilamana UMNO bersedia menyusun semula struktur kepimpinan nya dengan mengenengahkan seorang tokoh yang diluar sistem kepimpinan UMNO yang sedia ada.
Wednesday, 23 July 2014
UMNO - DULU & KINI
Hari ini banyak yang diperkatakan tentang UMNO. UMNO hari ini tidak seperti UMNO yang berjaya membawa negara kepada KEMERDEKAAN. Saya letakkan UMNO kepada 3 fasa:
FASA 1 - UMNO (Asal)
UMNO yang ditubuhkan pada 11 May 1946 dan berakhir pada 4.2.1988 apabila Mahkamah Tinggi mengistiharkan UMNO bsebuah parti yang tidak sah. Tempoh usia UMNO asal ialah 42 tahun.
UMNO ini banyak jasanya kepada negara dan orang Melayu. Disamping berjaya memerdekakan negara, UMNO juga telah berjaya menubuhkan negara MALAYSIA.
Pemimpin nya tidak ada yang berniaga. Semuanya fokus untuk membangunkan negara. Apabila pemimpin negara ini meninggal dunia, mereka tidak meninggalkan harta, hatta tiada sebuah rumah pun. Almarhum Tunku dan Allahyarham Tun Razak hanya meninggalkan jasa untuk rakyatnya.
FASA 2 - UMNO (Malaysia)
Apabila UMNO diharamkan, Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussien Onn (ayahanda kepada YB Dato Hishamudin - Menteri Pertahanan) mengemukakan permohonan untuk mendaftar UMNO (Malasia) bagi menggantikan UMNO yang telah diharamkan. Pendaftar Pertubuhan Malaysia telah menolak permohonan untuk mendaftar UMNO (Malaysia). Penolakan ini bolehlah di ibaratkan: Mati sebelum didaftarkan.
FASA 3 - UMNO (BARU)
Bilamana permohonan untuk mendaftar UMNO (Malaysia) ditolak, YAB Tun Dr Mahathir mengemukakan permohonan untuk mendaftar UMNO (Baru) - LULUS.
Tidak semua ahli UMNO (Asal) menyertai UMNO (Baru). Pengambilan ahli boleh dikira seabagai dipilih dan ditapis. Ramai Ketua UMNO Cawangan dan Ketua UMNO Bahagian diketepikan/disingkir. Ketua UMNO Penaja Bahagian menetapkan mereka yang seiring sahaja yang diterima menjadi ahli. Ada juga ahli UMNO (Asal) tidak berminat untuk menertai UMNO (Baru). UMNO yerus mengekalkan kuasa hingga kehari ini
Walaubagaimana pun dikatakan semenjak dua menjak ini UMNO telah berkurangan ummmp...ummmpnya
PERBEZAAN DIANATARA UMNO(Asal) dengan UMNO (Baru)
1.Tempoh pemilihan:
UMNO (Asal): Pemilihan AJK Cawangan dan MKT akan dipilih apabila sampai masanya seperti mana yang diperuntukan di perlembagaan parti manakala;
UMNO (Baru): Walaupun tempuh pemilihan parti telah ditetapkan mengikut perlembagaan parti, ianya ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya atas alasan untuk perpaduan ahli.
2. Mesyuarat Agong Cawangan:
UMNO (Asal): Mesyuarat Agong Cawangan merupakan satu pesta. Semua ahli boleh berhujah.
UMNO (Baru): Mesyuarat Agong Cawangan diadakan secara berkelompok.
3. Pencalunan untuk AJK Bahagian/Ahli Majlis Kerja Tertinggi
UMNO (Asal): pencaluanan dari 2 Cawangan akan melayakkan seseorang ahli untuk bertanding di peringkat Bahagian; dan pencalunan dari 2 Bahagian akan membolehkan seseorang ahli bertanding di Majlis Kerja Tertinggi termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden
UMNO (Baru): Berdasarkan kepada kuota yang ditetapkan. Hanya pada pemilihan tahun 2013 saja ianya berdasarkan kepada penawaran diri ahli.
4. Tempoh berkempen:
UMNO (Asal): Meriah. Dibenarkan menganjurkan majlis keramaian seperrti majlis makan, perjumpaan secara terbuka. Coffee house hotel Merlin (kini Concorde) adalah tempat pertemuan lazim. Bukan lah satu pemandangan yang jengkel bilamana terdapat 2 atau lebeh kumpulan berbeza berkempen duduk semeja berbual mesra.sambil menikmati kopi merlin.
UMNO (Baru): Tiada jamuan makan atas alasan menggunakan politik wang. Walaubagaimana pun adalah diberitakan dan dikhabarkan, kononnya SAMPUL SATU MALAYSIA BERKELIARAN.
UMNO pada masa ini
Tanggapan umum menyatakan UMNO kini adalah berada ditahap membimbangkan. Banyak diperkatakan kerana kepimpinan yang tidak berkesan dan lebeh mementingkan diri. Namun begitu bukanlah satu perkara yang mustahil kelemahan ini juga berpunca dari cara UMNO didaftarkan semula pada tahun 1988. Jika wujudnya perasaan dendam, marah dan lebeh mementingkan diri semasa UMNO didaftarkan semula, mungkin lama kelamaan kehadirannya bermasaalah. ALLAH SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI.
Monday, 14 July 2014
KEMELUT DAP
Penentangan ahli-ahli DAP terhadap kepimpinan yang diketuai oleh Penasihat DAP bukanlah perkara baru. Ia bermula apabila Ahli Parlimen KL Bandar dari DAP mengistiharkan melepaskan semua jawatan nya beberapa hari sebelum Pilihanraya 1990 dan diikuti dengan program KNOCKS Kit Siang oleh seorang lagi Ahli Parlimen DAP.
Namun pergolakan dan tentangan akhir-akhir ini besekala besar melibatkan beberapa negeri dan beberapa pemimpin tertinggi dari pelbagai kaum. Tindakan mereka juga agak kedepan hingga mempertikaikan mesyauat Agong dan pemilihan CEC dan seterusnya mengemukakan bantahan kepada Pendaftar Pertubuhan. Nama-nama besar pemimpin penentang ini kerapkali muncul dikaca tv dengan pelbagai tuduhan dan bantahan. Ledakan kumpulan penentang ini keatas pucuk pimpinan DAP tidak mengubah struktur kepimpinan yang sedia ada, malah pucuk pimpinan terus dengan kegiatan dan aktiviti seperti biasa. Luahan dan rasa tidak puas hati penentang keatas pimpinan DAP bolehlah diumpamakan dengan peribahasa "SEPERTI ANJING MENYALAK BUKIT". Saya kira kalaupun selori ahli keluar parti atau segerabak keretapi ahli meninggalkan parti, DAP tetap DAP kerana DAP mempunyai pengundi tetap.
Kumpulan penentang seharusnya bertindak lebeh radikal. Sekiranya mereka masih tidak berpuashati dengan pucuk pimpinan, mereka seharusnya memikirkan untuk menubuh sebuah parti baru yang semilar kepada DAP: nama, slogan dan nsemangatnya. Parti yang mengutamakan perjuangan; bukan kroni. Mungkin nama seperti "MALAYSIA ACTION PARTY - (MAP)" boleh dipertimbangkan. Bilamana DAP dengan slogan: Malaysia Malaysian: nya, slogan yang mirip dengan nya mungkin : Malaysia For Malaysian:.
Jika parti baru ini didaftarkan dalam tempoh terdekat, ianya akan memberi masa yang cukup untuk bergerak bagi menyertai Pilihanraya ke 14. Biarlah pilihanraya ke 14 menentukan sama ada parti baru diterima atau DAP akan terus gah.
Thursday, 10 July 2014
DYANA SOFEA.
Pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan telah berlalu. Pemenangnya telahpun dilantik sebagai Menteri DiJabatan Perdana Menteri. Namun nama DYANA SOFEA masih lagi diperkatakan dengan tohmahan, caci maki dan diaibkan.
DAP adalah parti pembangkang. Sama dengan PAS dan KEADILAN. Ramai pemimpin dan ahli UMNO telah berhijrah ke parti pembangkang terutamanya PAS. Dyana Sofea hanyalah anak kepada bekas Setiauasa UMNO Bahagian. Ibunya diberi kepercayaan dilantik sebagai Setiausaha UMNO Bahagian diera 1970an. Kecaman terhadap Dyana Sofea adalah keterlaluan jika dibandingkan dengan pemimpin tertinggi UMNO yang telah berhijrah ke parti lawan. Semasa dalam UMNO mereka berjawatan tinggi dan berkuasa dalam kerajaan. Bila keluar UMNO, mereka attack UMNO habis-habisan. Namun mereka tidaklah dikecam, dimalukan dan diaibkan sepertimana Dyana.
Meletakkan calun Melayu oleh DAP di Perak bukanlah perkara baru. DAP pernah mempunyai wakil rakyat Melayu di Dewan Undangan Negeri Perak: Ibrahim Singgeh, Salleh Nahkoda Hitam dan Fadzlan Yahya adalah Wakil Rakyat DAP di Dewan Undangan Negeri Peraksatu ketika dahulu.. Mereka semua bertanding dikawasan yang majoriti penduduknya adalah dari keturunan Cina.
Katakanlah jika Dyana Sofea tidak dicalunkan di Pilihanraya Kecil Teluk Intan yang lalu, pastinya DAP tidak akan memberi free lunch to BN. DAP pasti akan meletakkan calun nya. Jika bukan Dyana Sofea yang bertanding, mungkin DAP akan menang.
Kehadiran Dyana Sofea dalam DAP adalah satu permulaan. Akan ada lagi anak muda Melayu yang berpelajaran akan bersama dengan DAP. Baru-baru ini diberitakan telah ada seorang lagi anak muda Melayu menyertai DAP. Dyana Sofea dan rakannya dipercayai akan dillatih secukupnya untuk menambah bilangan Melayu berpelajaran kedalam DAP.
Berjayakah Dyana Sofea? Masa akan menentukan.
Monday, 30 June 2014
MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN PELAJARAN/GURU
Banyak yang telah diperkatakan dan banyak juga usaha yang telah dilakukan untuk memperkasakan perkhidmatan pelajaran/guru. Banyak juga penambah baikan yang berlaku. Saya juga ingin menyumbang pandangan:
MENAIKAN TARAF BAHAGIAN KEPADA JABATAN:
Bahagian-Bahagian di Jabatan Pelajaran adalah diketuai oleh Pengarah Bahagian. Bahagian-Bahagian ini beroperasi bukan sahaja menjalankan tanggungjawab pelajaran, bahkan juga mengurus/mengedalikan kewangan, pentadbiran dan sumber manusia bagi pegawai kakitangan Bahagian. Bahagian juga mempunyai Pusat Tanggongjawap {PTJ}. Pengurusan Kewangan ini termasuklah menyediakan belanjawan tahunan dan mengawal perbelanjaan yang diluluskan.
Peranan diatas adalah sama dengan peranan sebuah Jabatan. Adalah lebeh sesuai sekiranya Bahagian-Bahagian di Jabatan Pelajaran di naikkan kepada Jabatan dan diketuai oleh Ketua Pengarah.
KETUA PENGARAH KEPADA KETUA PENGARAH KANAN
Dengan kenaikkan taraf Pengarah Bahagian kepada Ketua Pengarah, Ketua Pengarah Pelajaran bolehlah dinaikkan kepada Ketua Pengarah Kanan Pelajaran.
KHIDMAT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
Adalah dipercayai guru-guru dan kakitangan sokongan kurang mendapat latihan dan kursus sepertimana penjawat awam yang lain. Kursus dalam perkhidmatan adalah penting untuk mempertingkatkan kefahaman Pegawai Pelajaran/guru dan kakitangan sokongan dalam urusan pentadbiran harian termasuk urusan kewangan dan sumber manusia.
Sebuah Institusi Latihan dinamakan "Institut Tadbiran Guru" atau seumpamanya dimana fungsinya sama dengan INTAN perlu ditubuhkan untuk melatih pegawai/kakitangan. Buat permulaan ianya perlu ditubuhkan di perngkat zone: utara, tengah, selatan dan timur semenamjung ;Sabah dan Serawak.
JAWATAN "JKR" DIPEJABAT PELAJARAN NEGERI/DAERAH
Jabatan Pelajaran banyak membina sekolah-sekolah baru dan lain-lain bangunan yang berkaitan. Dengan menempatkan pegawai "JKR" seperti Jurutera, Arkitek dan Juru Ukur Bahan akan dapat membantu menyedia pelan dan memantau perlaksanaan bangunan dalam pembinaan. Dengan ini projek lewat siap dan projek sakit akan dapat diatasi. Urusan Pembaikan Kecil juga dapat diuruskan dengan lebeh berkesan.
PEMBAIKAN KECIL DARI PERUNTUKAN PEMBANGUNAN
Kerajaan juga perlu menyedia/menambah peruntukan Pembangunan untuk kerja-kerja pembaikan kecil di rumah-rumah guru, asrama dan sekolah-sekolah supaya pembaikan kecil dapat dilaksanakan dengan berkesan untuk keselesaan penggunanya. Disampng itu peruntukan ini boleh juga digunakan untuk menggantikan peralatan sekolah seperti kerusi dan meja yang daif dan uzur.
TUGAS DAN KERJA-KERJA KO KURIKULUM
Adalah difahamkan guru-guru tidak mendapat hadiah wang tunai bagi menggantikan cuti rehat yang tidak dihabiskan. Mungkin guru tidak mempunyai cuti rehat tahunan.
Guru-guru melaksanakan tugas-tugas ko kurikulum diluar waktu mengajar. Pertimbangan yang sewajarnya dan kajian yang teliti dan mendalam patut dijalankan kemungkinan guru-guru dianugerahkan dengan "hadiah wang tunai" diatas tugas-tugas mereka di ko kurikulum sekolah. Pekeliling Perkhidmatan 1 Tahun 1974 dan pekeliling susulannya hendaklah dijadikan asas dan panduan
Guru-guru dibenarkan untuk mengumpul jumlah jam bekerja dikokurikulum sekolah. Apabila genap 8 jam bertugas, ianya boleh ditukar kepada 1 hari. Jumlah hari boleh dikumpul kepada had maxima 15 hari dalam satu tahun tertakluk kepada had maxima 120 hari dalam tempoh perkhidmatan.
Di hari persaraan, seorang bukan guru akan mendapat hadiah wang tunai diatas pengumpulan cuti rehat yang tidak dihabiskan, manakala seorang guru akan mendapat hadiah wang tunai diatas sumbangan dan khidmat mereka mengedalikan ko kurikulum sekolah
Adalah diharapkan pandangan diatas akan dapat membantu memperkasakan pelajaran dinegara ini. Guru-guru akan lebeh bersemangat dan dapat meneruskan khidmat mendidik anak bangsa dengan lebih cemerlang
Sekiranya pandangan diatas dapat memberikan munafaat, Persatuan Guru bolehlah menimbangkan untuk menyambung/meneruskan kelangsungan nya.
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT TERAWIH.
Tuesday, 17 June 2014
BRIM
Pembayaran dan urusan BRIM bagi tahun ini telah berakhir. Pelaksanaan pembayaran kali ini tidak selancar pembayaran ditahun lalu. Terdapat ramai diantara mereka yang menerima ditahun lalu ditolak dan mereka yang ditolak dibenarkan merayu, Diantara sebab ketidak sempurnaan pelaksanaan BRIM kali ini ialah:
TIDAK CUKUP DANA:
Dana untuk membayar BRIM kepada semua penerima sepertimana senarai penerima ditahun lalu dan penerima baru tidak mencukupi. System elimination digunakan untuk menggugurkan sebahagian dari penerima , Rayuan dibenarkan, Saya kira rayuan ini adalah untuk membeli masa bagi membolehkan LHDN mendapat dana melalui pembayar cukai yang membayar cukai dalam tempuh rayuan BRIM berkuatkuasa.
Tidak semua merayu. Tidak diketahui berapa ramai yang tidak merayu.
SABOTAJ.
Berkemungkinan adanya pihak pengurusan tertinggi di Perbendaharaan dan/atau diLHDN mahukan program BRIM ini gagal. Pihak ini mencipta kecelaruan dalam proses pembayaran BRIM supaya penerima kecewa dan marah,
Masyarakat tahu BRIM membantu,
OPPOSITION INCLINED
Telah menjadi pengtahuan umum kehadiran rakyat yang memihak/menyokong/bekerja untuk Pakatan Rakyat berada dimana-mana. Tidak diketahui berapa ramai yang berada menguruskan pelaksanaan BRIM. Ada kemungkinan mereka ini turut terlibat dalam usaha untuk menggagalkan BRIM.
URUSETIA BRIM
Ketidaksempurnaan pelaksanaan proses bayaran BRIM adalah berpunca dari URUSETIA TIDAK CEKAP. Urusetia sepatutnya mengenalpasti penerima yang meragukan dan menghubungi mereka untuk membetulkan dan mengkemaskini maklumat. BRIM diumumkan pada pembentangan belanjawaan tahun lalu. Masa adalah mencukupi untuk Urusetia melakukan pembetulan dan mengemaskini maklumat penerima.
Apabila pembayaran sedang diuruskan, timbul pula kenyataan bayaran boleh dilunaskan melalui bank. Kenyataan ini menggaggu kerja pelaksana dan mengelirukan. Kalaupun baik pembayaran melalui bank, sepatutnya ianya ditangguh untuk bayaran akan datang (jika ada)
i BHRIM
Bayaran BRIM bukan sahaja RM650.00. i BRIM lebeh bermakna kepada penerima. Bayangkanlah apabila seorang yang benar-benar layak tetapi permohonan nya ditolak mendapat kecelakaan jalanraya atau menyahut seruan ILLAHI. Beliau tidak layak mendapat kemudahan i BRIM walaupun beliau pernah menerima BRIM pada tahun 2013.
Adalah diharapkan Urusetia BRIM akan lebeh peka. Hubungi dan kesanlah mereka yang menerima BRIM pada 2013 tetapi tidak menerimanya pada tahun ini. Dapatkan maklumat dan bertindaklah sewajarnya, Semoga perlaksanan BRIM berikutnya (jika ada) akan lebeh tersusun
Pembayaran dan urusan BRIM bagi tahun ini telah berakhir. Pelaksanaan pembayaran kali ini tidak selancar pembayaran ditahun lalu. Terdapat ramai diantara mereka yang menerima ditahun lalu ditolak dan mereka yang ditolak dibenarkan merayu, Diantara sebab ketidak sempurnaan pelaksanaan BRIM kali ini ialah:
TIDAK CUKUP DANA:
Dana untuk membayar BRIM kepada semua penerima sepertimana senarai penerima ditahun lalu dan penerima baru tidak mencukupi. System elimination digunakan untuk menggugurkan sebahagian dari penerima , Rayuan dibenarkan, Saya kira rayuan ini adalah untuk membeli masa bagi membolehkan LHDN mendapat dana melalui pembayar cukai yang membayar cukai dalam tempuh rayuan BRIM berkuatkuasa.
Tidak semua merayu. Tidak diketahui berapa ramai yang tidak merayu.
SABOTAJ.
Berkemungkinan adanya pihak pengurusan tertinggi di Perbendaharaan dan/atau diLHDN mahukan program BRIM ini gagal. Pihak ini mencipta kecelaruan dalam proses pembayaran BRIM supaya penerima kecewa dan marah,
Masyarakat tahu BRIM membantu,
OPPOSITION INCLINED
Telah menjadi pengtahuan umum kehadiran rakyat yang memihak/menyokong/bekerja untuk Pakatan Rakyat berada dimana-mana. Tidak diketahui berapa ramai yang berada menguruskan pelaksanaan BRIM. Ada kemungkinan mereka ini turut terlibat dalam usaha untuk menggagalkan BRIM.
URUSETIA BRIM
Ketidaksempurnaan pelaksanaan proses bayaran BRIM adalah berpunca dari URUSETIA TIDAK CEKAP. Urusetia sepatutnya mengenalpasti penerima yang meragukan dan menghubungi mereka untuk membetulkan dan mengkemaskini maklumat. BRIM diumumkan pada pembentangan belanjawaan tahun lalu. Masa adalah mencukupi untuk Urusetia melakukan pembetulan dan mengemaskini maklumat penerima.
Apabila pembayaran sedang diuruskan, timbul pula kenyataan bayaran boleh dilunaskan melalui bank. Kenyataan ini menggaggu kerja pelaksana dan mengelirukan. Kalaupun baik pembayaran melalui bank, sepatutnya ianya ditangguh untuk bayaran akan datang (jika ada)
i BHRIM
Bayaran BRIM bukan sahaja RM650.00. i BRIM lebeh bermakna kepada penerima. Bayangkanlah apabila seorang yang benar-benar layak tetapi permohonan nya ditolak mendapat kecelakaan jalanraya atau menyahut seruan ILLAHI. Beliau tidak layak mendapat kemudahan i BRIM walaupun beliau pernah menerima BRIM pada tahun 2013.
Adalah diharapkan Urusetia BRIM akan lebeh peka. Hubungi dan kesanlah mereka yang menerima BRIM pada 2013 tetapi tidak menerimanya pada tahun ini. Dapatkan maklumat dan bertindaklah sewajarnya, Semoga perlaksanan BRIM berikutnya (jika ada) akan lebeh tersusun
Subscribe to:
Comments (Atom)