Thursday, 31 July 2014




                             ANWAR "TERKEDU" KALI KEDUA.

Pertama kali Anwar terkedu ialah pada tahun 1998. Beliau berkrisis dengan Tun Dr Mahathir. Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan dipecat dari menjadi ahli UMNO.

Umum mengetahui, Anwar mula menyertai UMNO dalam tahun 1981. Menang jawatan Ketua Pemuda UMNO, mengalahkan penyandangnya Dato Suhaimi Kamarudin. Pernah memegang jawatan Naib Presiden dan UMNO dan pada tahun 1993 Anwar menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Anwar adalah "kesayangan" Dr Mahathir.

Dalam kerajaan, Anwar bermula dengan jawatan Timbalan Menteri, di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Belia & Sukan, Menteri Pelajaran dan berakhir di Kementerian Kewangan. Beliau memjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993. Dalam tempuh perkhidmatan nya dengan kerajaan, terdapat beberapa lssue yang boleh dikira bertentangan dengan Dr Mahathir. Namun Dr Mahathir tetap "endorse" apa jua tindakan Anwar walaunpun ada diantaranya tidak disukai nya. Climax "angguk" dan endorse Dr Mahathir adalah pada tahun 1998 berpunca dengan apa yang dikatakan "IMF".

Apabila dipecat dari UMNO, Anwar melancarkan reformaasi. Anwar bergabung dengan PAS dan DAP dalam usahanya untuk comeback. Hampir berjaya. Kegairahan nya untuk menuju puncak dengan cepat menjadikan strateginya dilihat tergendala. Anwar menggunakan pendekatan yang sama iaitu membuat sesuatu tanpa persetujuan rakan gabungan nya dan rakan gabungan terpaksa angguk dan setuju. Tindakan nya itu minimbulkan rasa tidak senang dikalangan gabungan nya. PAS dikatakan telah menjadi lemah sementara DAP memendam rasa. Bila telah terlalu lama "angguk" dan "ya", tahap kesabaran rakan gabungan Anwar berakhir. Kenyataan YB Tuan Guru Haji Hadi dan YB Dato Nik Aziz  serta beberapa  pemimpin PAS tentang kedudukan MB Selangor baru-baru ini menjadikan Anwar "terkedu" kali kedua.

Terkedu pertama Anwar hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tekedu kedua mungkin Anwar akan hilang platform politik nya.


No comments:

Post a Comment