Sunday, 26 October 2014



PEGAWAI AWAM DIHUKUM PENJARA DILUAR NEGARA

Seorang Pengarah Pelancongan Malaysia dan isterinya yang telah disabitkan kesalahan di Sweeden dan telah pun menjalani hukumnan penjara dinegara tersebut telah kembali ketanah air. Pasangan tersebut diberitakan telah kembali bertugas di jabatan nya.

Mengikut proses tatatertib yang terkandung di "PERATURAN- PERATURAN PEGAWAI AWAM 1993 (Kelakuan dan Tatatertib) PU (A) 393 - sesorang pegawai/kakitangan awam yang dihadapkan kemahkamah menjalani proses-proses  yang ditetapkan di peraturan tersebut.

TAHAN KERJA (Peraturan 28(4) & 44(1).
Apabila seseorang pegawai/kakitangan dihadapkan kemahkamah, pegawai/kakitangan berkenaan biasanya akan dikenakan tahan kerja. Dalam tempuh tahan kerja pegawai/kakitangan berkenaan layak dibayar separuh dari emolumen yang diterimanya.

GANTUNG KERJA
Bilamana sesorang pegawai/kakitangan itu didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah dan mahkamah menjatuhkan hukuman, tindakan gantung kerja dikenakan. Gantung kerja akan berkuatkuasa dari tarikh mahkamah menjatuhkan hukuman sehingga semua proses rayuan diselesaikan. Dalam tempuh gantung kerja, pegawai/kakitangan berkenaan tidak layak mendapat gaji dan lain-lain emolumen.

BUANG KERJA/KEMBALI BEKERJA.
Apabila semua proses rayuan selesai dan sekiranya pegawai/kakitangan berkenaan didapati bersalah dan menjalani hukuman penjara, biasanya Lembaga Tatatertib akan memutuskan untuk "Buang Kerja". Walaubagaimana pun sekiranya dalam proses rayuan, pegawai/kakitangan berkenaan dibebaskan, maka pegawai/kakitngan berkenaan akan kembali bekerja dijawatan asalnya dan mendapat bayaran gaji dan semua emolumen yang patut diterimanya semasa tahan kerja dan gantung kerja.

KEDUDUKAN PEGAWAI PELANCONGAN DAN ISTERINYA
Tidak diketahui samaada pegawai pelancongan dan isterinya melalui proses yang terkandong dalam Peraturan Pegawai Awam 1993. Adalah dipercayai mungkin keputusan mereka kembali bekerja setelah menjalani hukuman penjara di Sweeden diluluskan oleh Lembaga Tatatertib berkenaan.

KEMUDAHAN BERKHIDMAT DISEBERANG LAUT
Semasa pegawai dan isterinya menjalani hukuman:
(i)     Adakah pegawai mendapat faedah seperti Elaun Seberang Laut dan lain-lain peruntukan yang dibayar semasa bertugas diseberang laut,
(ii)     Adakah tempuh menjalani hukuman itu dikira "cuti bergaji" atau "cuti tanpa gaji"

PEGAWAI WARAN DINEW ZEALAND
Persoalan timbul pula adakah Pegawai Waran yang dihadapkan di mahkamah New Zealand akan mendapat layanan yang sama?


       




No comments:

Post a Comment